Mari Bantu Fayyadh Mendengar dan Belajar Bercakap

Mari Bantu Fayyadh Mendengar dan Belajar Bercakap

RM 18,423 raised
from RM 30,042
0  days left

Fundraiser

Orang Baik
Yusliza

Saya Yusliza, ibu kepada Fayyadh. Fayyadh memang dari lahir disahkan sakit jantung  berlubang. Dari kecil kaki dia juga bermasalah dia ada pakai kasut khas. Rutin saya memang berulang alik ke hospital.

Apabila dia sudah umur setahun lebih, jantung Fayyadh semakin sihat tetapi telinganya sebelah besar dan sebelah kecil. Semasa anak saya kecil ada 2 kali membuat pemeriksaan kerana masalah pendengarannya. Pada mulanya pendengaran dia baik tapi rupa-rupanya 70% pendengarannya bermasalah.

Sekarang anak saya masih belum boleh bercakap lagi mungkin disebabkan dari kecil dia kerap demam panas, tarik-tarik kejang. Sekarang ni doktor beritahu, Fayyadh terpaksa menggunakan alat pendengaran yang memakan kos sebanyak RM6,900.

Kaki Fayyadh masih lagi tidak ok sepenuhnya, baru-baru ini doktor periksa, Fayyadh  masih perlu pergi terapi lagi. Sejak pandemik ini, kami amat terkesan. Saya tiad pendapatan tambahan pula saya ada masalah kronik, perlu dapatkan insulin 4 kali, perlu ke IKN kerana ada masalah hati.

Sejak itu saya memang tidak dapat membeli tapak kasut khas Fayyadh. Memang tak mampu, dia lagi semput. Sekarang Fayyadh kena pergi 2 sekolah, satu sekolah biasa lagi satu sekolah terapi tapi yuran sekolah terapi pun mahal, luar dari kemampuan saya. Tetapi sebagai seorang ibu setidak-tidaknya saya akan berusaha demi anak.

Saya mohon jasa baik dari semua sedikit sebanyak dapat memberi sumbangan buat keperluan Fayyadh.

KOS YANG DIPERLUKAN UNTUK FAYYADH 

a) Kelas dyslexia : RM1,280 x 4 kali sebulan = RM5,120
b) Speech therapy : RM240 x 4 kali sebulan = RM960
c) Alat pendengaran = RM6,900

RM5,120 + RM960 = RM6,080
RM6,080 x 3 bulan = RM18,240
RM18,240 + RM6,900 = RM25,140

KOS KESELURUHAN = RM25,140


Kemaskini Kos Tambahan Pertama (pada 23 Mac 2021 oleh Admin Firdaus)

a) Kelas dyslexia : RM1,280 x 4 kali sebulan = RM5,120
b) Speech therapy : RM240 x 4 kali sebulan = RM960
c) Penginapan  : RM 79 x 8 hari sebulan = RM632
d) Alat pendengaran = RM6,900
e) Asthma Inhaler : RM125.40

RM5,120 + RM960 + RM 632 = RM6,712
RM6,712 x 3 bulan = RM20,136
RM20,136 + RM6,900 + RM125.40 = RM27,161.40

*sistem tidak dapat proses titik perpuluhan, jadi kempen dijadikan RM27,162

Mari #OrangPrihatin, mari bantu Fayyadh untuk alat pendengaran dan persekolahan terapinya. RM20 daripada anda amatlah besar maknanya, mari sumbang dan kongsikan demi Fayyadh!

Tambahan Kos Pengiklanan Kempen Sebanyak 10.6% 

*Sejumlah RM2880 daripada jumlah di kempen akan digunakan agar lebih banyak capaian boleh didapatkan.

_______________________________________________

Cara untuk Menyumbang ke Kempen ini

1. Tekan butang “Sponsor”

2. Nyatakan jumlah dana yang ingin diberikan

3. Pilih cara pembayaran (Online Banking atau Debit/Credit Card/Paypal).

4. Berikan e-mel untuk menerima resit dan kemaskini dari kempen ini

5. Tekan butang “Sponsor”

6. Teruskan dengan membuat pembayaran di laman seterusnya.

7. Anda akan di kembalikan ke laman ini selepas membuat sumbangan anda. Sumbangan anda akan direkod di sini juga

8. Untuk info terkini seperti jumlah pengeluaran dana dan gambar penerima sumbangan, boleh rujuk di bahagian "Kemas Kini" kempen

 

Orang Baik
Good PersonDonated RM334 years ago
Orang Baik
Good PersonDonated RM54 years ago
Orang Baik
Good PersonDonated RM504 years ago