Tempurung Kepala Emir Retak Setelah Jatuh

Tempurung Kepala Emir Retak Setelah Jatuh

RM 2,473 raised
from RM 2,372
0  days left

Fundraiser

Aisyah Najihah binti Masrani

Saya Aisyah. Saya terpanggil untuk panjangkan bantuan menggunakan platform "Kitafund" bagi meringankan beban sahabat yang saya berkenalan di Facebook page KELAB IBU HAMIL dan BERSALIN. Ira seorang petugas separuh-masa RELA dengan imbuhan bulanan RM600. Keadaan menjadi lebih mencabar sejak PKP - peluang bekerja (untuk mencari pendapatan lebih) sangat terhad dan servis pengangkutan awam di kampung Ira, Kuala Penyu, Sabah dimatikan. Mod pengangkutan utama untuk ke pekan ialah "kereta sapu".

Ira tulang belakang keluarga dari segala macam aspek. Dengan elaun RELA RM600 digunakan untuk menyara tiga orang anak dan mak mertua. Emir, 1 tahun, seorang anak yang aktif dan sihat. Malang tak berbau, sedang seronok bermain dengan kakak-kakaknya, Emir terjatuh dari kerusi tinggi dan terhentak kepala sampai retak tempurung bahagian belakang.

Hospital Kuala Penyu rujuk Ira ke bahagian Pakar Kanak-kanak di Hospital Likas. Kos pengangkutan yang dikenakan tak menentu: RM200-300 pergi dan balik. Keadaan Emir masih belum baik sepenuhnya dan perlukan pemantauan. Demam on-and-off, muntah, pengsan - kesan daripada hentakan dan memerlukan Ira kerap ke Hospital. 

Ira berniaga di media sosial. Setiap kali muat-naik iklan barang jualan di status Facebook, pasti memohon doa tulus dari Netizen. "Tolong doakan murah rezeki saya moga terjual barang-barang rumah yang saya iklankan. Jual murah-murah"

Di Kitafund, kami memohon dana untuk pembiayaan Emir seperti di bawah.

KOS DIPERLUKAN:

1. Pampers: RM29.10 x 4 pek sebulan = RM116. 40

2. Susu: RM31 x 4 pek sebulan = RM124

3. Pengangkutan Ulang Alik Hospital (Kuala Penyu): RM35 x 3 kali sebulan = RM105

RM116.40 + RM124 + RM105 = RM345.40

RM345.40 x penggunaan untuk 6 bulan = RM2,072.40

4. Pengangkutan Ulang Alik Hospital (Likas) untuk bulan Mac: RM300

RM2,072.40 + RM300 

JUMLAH KESELURUHAN: RM2,372.40

*kos dibundarkan kepada ringgit terdekat kerana sistem tidak dapat membaca nilai sen

Dek berulang-alik beberapa kali ke Hospital, Ira baru saja keguguran dan tidak dapat melapor tugas sebagai anggota RELA bertugas menjalankan SJR. Dan dalam tempoh untuk berpantang dan berehat tu, Emir sudah 4 kali "warded". Tiada istilah "berehat" untuk ibu cekal ini. "Allah yang kuatkan saya, sis".

Terima kasih semua yang menyumbang. Sumbangan ikhlas anda dapat membantu ibu ini. 

_________________________________________________________________

Cara untuk Menyumbang ke Kempen ini

1. Tekan butang “Sponsor”

2. Nyatakan jumlah dana yang ingin diberikan

3. Pilih cara pembayaran (Online Banking atau Debit/Credit Card/Paypal).

4. Berikan e-mel untuk menerima resit dan kemaskini dari kempen ini

5. Tekan butang “Sponsor”

6. Teruskan dengan membuat pembayaran di laman seterusnya.

7. Anda akan di kembalikan ke laman ini selepas membuat sumbangan anda. Sumbangan anda akan direkod di sini juga

8. Untuk info terkini seperti jumlah pengeluaran dana dan gambar penerima sumbangan, boleh rujuk di bahagian "Kemas Kini" kempen

Loading...
Loading...
Loading...