Rambut Suhailah Menipis Hampir Botak Kerana SLE

Rambut Suhailah Menipis Hampir Botak Kerana SLE

RM 483 raised
from RM 2,850
0  days left

Fundraiser

Hamisah

Saya Hamisah, ibu kepada Suhailah. 2 tahun lalu semasa Suhailah berumur 3, saya mula perasan rambutnya semakin nipis tidak seperti sebelum ini. Saya mula memeriksa rambutnya setiap hari dengan lebih kerap. Lama-kelamaan, rambut dia gugur dalam kuantiti yang sangat banyak sehingga menampakkan putih kulit kepala.

Saya membawanya ke klinik berdekatan dengan rumah di Menggatal dan selepas 1 bulan keputusan ujian keluar Suhailah disahkan menghidap SLE iaitu Systemic lupus erythematosus. Kami dinasihatkan untuk membawa Suhailah mendapatkan rawatan lanjut di hospital. Kini, Suhailah perlu pergi ke hospital untuk 3 temujanji setiap bulan di 2 buah hospital. 

Setiap pemeriksaan, jururawat akan memantau tahap kesihatan Suhailah dengan mengambil darah dan air kencingnya. Menurut doktor, pantauan akan dibuat untuk memastikan organ dalamannya tidak terjejas. Suhailah juga berjumpa dengan pakar kulit dan mendapatkan ubat sapu untuk kawasan di kepalanya yang keguguran rambut dan Alhamdulillah ada perubahan positif. Pernah berhenti mengambil ubat tersebut dan rambutnya gugur semula.

KOS YANG DIPERLUKAN

a) Susu : RM30 x 4 pek sebulan = RM120
b) Pampers : RM35 x 5 pek sebulan = RM175
c) Ulang Alik Hospital (Rumah - Hospital- Rumah) : RM60 x 3 kali sebulan = RM180

RM120 + RM175 + RM180 = RM475
RM475 x 6 bulan = RM2,850

KOS KESELURUHAN = RM2,850

Berat badannya sudah merosot dan susah untuk naik sejak disahkan sakit. Gigi susu yang pernah tercabut juga sudah tidak tumbuh semula sudah setahun lamanya. Keadaan Suhailah sedikit sebanyak menganggu dirinya yang semakin membesar dengan melihat rakan-rakannya sihat dan aktif. Saya amat berharap agar anda dapat membantu anak saya.

Ayuh semua #OrangPrihatin! Mari sama sama membantu meringankan beban Puan Hamisah demi rawatan Suhailah. Suhailah akan membesar dengan bantuan kalian yang pasti akan diingat sampai bila-bila. Terima kasih semua, mari kongsikan kempen kepada rakan dan keluarga. 

_____________________________________________________________

Cara untuk Menyumbang ke Kempen ini

1. Tekan butang “Sponsor”

2. Nyatakan jumlah dana yang ingin diberikan

3. Pilih cara pembayaran (Online Banking atau Debit/Credit Card/Paypal).

4. Berikan e-mel untuk menerima resit dan kemaskini dari kempen ini

5. Tekan butang “Sponsor”

6. Teruskan dengan membuat pembayaran di laman seterusnya.

7. Anda akan di kembalikan ke laman ini selepas membuat sumbangan anda. Sumbangan anda akan direkod di sini juga

 

8. Untuk info terkini seperti jumlah pengeluaran dana dan gambar penerima sumbangan, boleh rujuk di bahagian "Kemas Kini" kempen

 

Loading...
Loading...
Loading...