Cecair Dalam Paru-Paru, Elsa Sukar Bernafas
RM 499 raisedFundraiser
Elsa, salah seekor kucing belaan saya telah disahkan menghidap Feline infectious Peritonitis (FIP) wet type oleh doktor veterinary. Menurut doktor, cecair yang ada dalam paru-paru Elsa menyebabkan Elsa sukar bernafas secara normal.
Doktor telah menjalankan ujian darah dan mengeluarkan cecair daripada paru-paru Elsa. Elsa diberi ubat radang dan antibiotik. Setiap 4 hari sekali, saya akan berulang ke klinik untuk membuang cecair yang penuh dalam paru-paru Elsa.
Menurut vet buat masa sekarang ni, tiada ubat untuk menyembuhkan virus ini tetapi ada ubat experimental yang dikatakan banyak membantu kucing-kucing yang terkena dry atau wet FIP. Ubat ini dikenali sebagai GS-441524 di mana telah terbukti boleh menyembuhkan kucing-kucing yang terkena virus ini.
Saya dengan ini merendah diri untuk meminta sumbangan semua untuk membantu saya menyelamatkan nyawa kucing kesayangan saya Elsa supaya dia kembali sihat dan aktif bermain seperti kucing yang lain.
KOS YANG DIPERLUKAN
a) Ubat GS RM429 x 12 botol = RM5,148
RM5,148 x 50 % = RM 2,574
b) Kos suntikan dibuat di Vet RM15 x 84 hari = RM 1,260
c)Blood test RM 140 x 3 kali = RM420
RM2,574 + RM1,260 + RM420 = RM4,254
KOS KESELURUHAN = RM4,254
FIP adalah satu penyakit virus daripada Virus Corona yang bermutasi dalam badan kucing. jangkitan boleh berpunca daripada immunity badan yang lemah, genetic kucing tertentu terutamanya jangkitan ibu kepada kittens yang baru dilahirkan, dan paling kerap pada persekitaran yang banyak kucing.
Wet FIP yang menyebabkan busung air pada abdomen dan juga thorax. radang pada saluran usus dan sel-sel peparu boleh menyebabkan ‘leakage’ cecair badan bertakung di dalam ruangan abdomen atau thorax yang mengganggu pernafasan.
Ayuh #OrangPrihatin! Mari sama sama bantu Elsa let virus FIP go dengan bantuan ubat GS, banyak kawan Elsa sudah semakin pulih dengan bantuan ubat ini.
_____________________________________________________________
Cara untuk Menyumbang ke Kempen ini
1. Tekan butang “Sponsor”
2. Nyatakan jumlah dana yang ingin diberikan
3. Pilih cara pembayaran (Online Banking atau Debit/Credit Card/Paypal).
4. Berikan e-mel untuk menerima resit dan kemas kini dari kempen ini
5. Tekan butang “Sponsor”
6. Teruskan dengan membuat pembayaran di laman seterusnya.
7. Anda akan di kembalikan ke laman ini selepas membuat sumbangan anda. Sumbangan anda akan direkod di sini juga
8. Untuk info terkini seperti jumlah pengeluaran dana dan gambar penerima sumbangan, boleh rujuk di bahagian "Kemas Kini" kempen