Tulang Peha Dijangkiti Kanser Patah, Kini Firas Tidak Boleh Berjalan
RM 8,221 raisedFundraiser
Saya Nurul Intan Fariza bt Ahmad, ibu kepada Muhammad Firas Haziq Bin Samsul, berumur 6 tahun yang sedang menderita penyakit kanser Ewing'Sarcoma with lung metastasis (kanser tulang dalam tulang dan paru-paru). Firas telah pun disahkan oleh doktor menghidap penyakit kanser tulang dalam tulang dan paru-paru sejak November 2019.
Firas yang juga anak ke 2 kami adalah merupakan seorang anak yang pintar, aktif dan periang sebelum disahkan menghidap penyakit kanser tulang ini. Pada peringkat awal, Firas telah mengalami demam yang kerap dan bahagian paha kaki kanan bengkak. Kami mengambil keputusan untuk membawa Firas ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk mendapatkn rawatan.
Hasil dari x-ray mendapati tulang paha kanan nampak besar dari sebelah kiri. Firas kena admit wad utk buat MRI, CT SCAN DAN BIOPSY (soft tissue biopsy). Bila dapat keputusan semua Firas disahkan kena sejenis penyakit kanser tulang yang memerlukan rawatan selanjutnya dari pakar Onkologi Hospital Pulau Pinang.
Setelah mendapatkan sampel dari air tulang belakang (Bone Marrow) milik Firas, doktor pakar Hospital Pulau Pinang telah dapat mengenalpasti dan mengesahkan perkara ini. Doktor memberi tahu yang firas ada 3 peringkat untuk rawatan chemotherapy, pembedahan tulang ganti dengan implant dan radiotherapy
Pada Disember 2019 lalu, Firas telah pun selesai menjalani rawatan kemoterapi yang pertama setelah dipasang alat kemoterapi (chemoport) pada tubuhnya. Pada Januari 2020, lebih memburukkan keadaan, Firas terjatuh dan tulang paha kanan yang dijangkiti kanser tu patah. Sekarang Firas tak boleh berjalan dan kena pakai alat di kaki iaitu hit spy car fiberglass dari pingang sampai ke kaki.
Firas akhirnya telah dibenar pulang pada hujung Januari dan membuat rawatan susulan di Hospital Sultanah Bahiyah setiap kali lepas kemoterapi. Alhamdulillah, sekarang hanya menunggu untuk pembedahan tulang paha kaki firas yang akan digantikan dengan besi...harga kos untuk pembedahan RM50,000.
Sementara menunggu hari pembedahan tersebut, kesihatan firas agak terganggu. Apabila selesai setiap satu sesi kemoterapi Firas selalu demam dan akan dimasukkan ke wad semula. Kini Firas sedang dirawat di wad Onkologi Hospital Pulau Pinang untuk menjalani proses kemoterapi bagi mengelak perkembangan sel kanser yang agresif ke kawasan otak dan menyekatnya dari terus menyerang sistem imunisasi.
Sekurang-kurangnya 4 kali dalam sebulan, saya perlu berulang alik dari Alor Setar ke Pulau Pinang bagi membawa Firas mendapatkan rawatan. Lebih membimbangkan, Firas berisiko tinggi dan mudah mendapat jangkitan kuman semasa dalam tempoh rawatan.
Saya juga terpaksa berhenti kerja untuk menjaga Firas sekiranya Firas perlu dimasukkan ke wad kerana suami saya dalam masa yang sama mengalami strok sebelah badan. Sekarang saya seorang yang memikul semua tanggungan ini.
Jika dihitung, kos perbelanjaan saya dalam tempoh Firas menjalani rawatan adalah sangat tinggi dan membebankan kerana ia meliputi segala kos perubatan, kos ulang alik ke hospital dan perbelanjaan keperluan Firas seperti susu dan lampin pakai buang.
Saya menyeru jasa baik anda semua agar dapat membantu meringankan beban yang saya galas ini dengan setiap sumbangan ikhlas anda. Diharap atas sumbangan dana dan doa dari anda semua Firas kembali sihat, ceria, aktif , berjalan semula dan mampu menjalani kehidupan seperti kanak-kanak seusia dengannya suatu hari nanti. Amin..
Butiran pecahan kos:
a) Susu khas: RM130 x 5 tin sebulan = RM650
b) Lampin pakai buang: RM40 x 4 pek sebulan = RM160
c) Kos ulang alik ke hospital RM100 x 4 kali sebulan = RM400
d) Makan di hospital (pesakit & penjaga) RM 20 x 4 sebulan = RM80
RM650 + RM160 + RM400 + RM80 = RM1,290
RM1,290 x 6 bulan = RM7,740
KOS KESELURUHAN = RM7,740
_____________________________________________________________________________
Cara untuk Menyumbang ke Kempen ini
1. Tekan butang “Sponsor”
2. Nyatakan jumlah dana yang ingin diberikan
3. Pilih cara pembayaran (Online Banking atau Debit/Credit Card/Paypal).
4. Berikan e-mel untuk menerima resit dan kemas kini dari kempen ini
5. Tekan butang “Sponsor”
6. Teruskan dengan membuat pembayaran di laman seterusnya.
7. Anda akan di kembalikan ke laman ini selepas membuat sumbangan anda. Sumbangan anda akan direkod di sini juga
8. Untuk info terkini seperti jumlah pengeluaran dana dan gambar penerima sumbangan, boleh rujuk di bahagian "Kemas Kini" kempen