Bantu Nurfatihah 1 Tahun, Masalah Jantung (TOF + MAPCAS) & Aisyah 3 bulan, Masalah Jantung Berlubang (VSD+ASD+PDA)
RM 4,981 raisedFundraiser
Saya Mohamad Azroy, ingin mengalukan sumbangan bagi rawatan anak-anak saya, Nurfatihah 1 tahun 1 bulan, yang menghidap masalah jantung TOF+MAPCAS dan Aisyah, 3 bulan yang menghidap masalah jantung berlubang (VSD+ASD+PDA)
Ini adalah kempen saya yang kedua di Kitafund. Saya amat berterima kasih kepada anda semua yang membantu kempen pertama kami sebelum ini. Tujuan saya memulakan kempen kedua ini adalah untuk suntikan Vaksin selepas berjumpa doktor di Hospital Serdang.
Selepas Anak saya Nurfatihah dilahirkan pada 3/8/19, Fatihah terus dikejarkan ke NICU Hospital Tuanku Ja’afar kerana nafasnya berdegup dengan kadar yang laju selama seminggu. Doktor mengesahkan Fatiha mempunyai masalah jantung dan perlu dirujuk ke Serdang. Setibanya di Serdang, pakar mengesahkan tiada lagi harapan buat Fatihah. Tiada ubat dan pembedahan yang sedia ada di Malaysia. Makin Fatihah membesar, Fatihah bakal menghidapi banyak komplikasi dan makin kerap perlu dirawat di hospital.
Aisya pula yang baru berusia 3 bulan, dikejarkan terus ke NICU HTJ selepas dilahirkan dan doktor kanak kanak mengesahkan Aisyah menhidapi masalah jantung berlubang dan telah dipindahkan ke Hospital Serdang bulan August lalu.
Saya hanyalah seorang pembantu di pasar malam dan menerima gaji harian sebanyak RM 50 sehari tertakluk kepada cuaca. Isteri pula seorang suri rumah. Fatihah kini mendapat bantuan dari JKM sebanyak RM 200 sebulan namun masih tidak lagi mencukupi. Saya memohon orang ramai dapat membantu meringankan beban kos keperluan rawatan Aisya dan Fathiah.
Berikut adalah butiran pecahan kos yang diperlukan:
1. 4 dos Vaksin Prevenar 13 (Aisyah): RM260 x 4 = RM1040
2. 2 dos Vaksin Prevenar 12 (Fatihah): RM260 x 2 = RM520
3. 2 dos Vaksin Rotavirus (Aisyah): RM159 x 2 = RM318
4. 2 dos Vaksin Influenza (Fatihah): RM77 x 2 = RM154
JUMLAH KESELURUHAN: RM2032
Kemaskini Kos Tambahan (pada 23 September 2019)
Disebabkan keadaan Fatihah yang semakin tidak menentu kesihatannya dan Aisyah juga sering kali perlu membuat rawatan ke hospital, keluarga memerlukan bantuan dana untuk kecemasan bulanan. Pada bulan lepas, keluarga telah 10 kali ke hospital kerana kecemasan.
Oleh itu, kempen ini akan memasukkan kos kecemasan untuk 6 bulan seterusnya.
RM500/sebulan (kecemasan untuk 2 orang anak) x 6 bulan = RM3000
Jumlah keseluruhan terkini kempen: RM2032 + RM3000 = RM5032
(Info dikemaskini pada 27 September) RM500 sebulan untuk kecemasan 2 orang anak adalah untuk:
- Teksi
- Hospital
- Beli ubat (jika perlu)
Kemaskini Kos Vaksin (pada 24 September 2019)
Kitafund telah menghubungi pihak klinik UKMK Seremban untuk pembayaran vaksin. Selepas berhubung dengan mereka, harga untuk vaksin kedua-dua Fatihah dan Aisyah adalah seperti yang berikut:
Fatihah: RM500 (Prevenar 13, 2 dos) + RM154 (Influenza, 2 dos) = RM654
Aisyah: RM318 (Rotavirus, 2 dos) + RM950 (Prevenar 13, 4 dos) + RM154 (Influenza, 2 dos) = RM1422
Total: RM655 + RM1422 = RM2076
10% discount (untuk September sahaja): RM1868.40
Harga terbaru kesemua dos vaksin-vaksin: RM1868.40
Jumlah terbaru kos keseluruhan kempen: RM1868.40 + RM3000 (kecemasan) = RM4868.40
Kos Tambahan (kemaskini pada 3 Oktober)
Fingertip Blood Oxygen: RM379.40
Cara menyumbang:
1. Tekan butang “Sumbang”
2. Nyatakan jumlah dana yang ingin diberikan
3. Pilih cara pembayaran (Online Banking atau Debit/Credit Card/Paypal).
4. Berikan e-mel untuk menerima resit dan kemas kini dari kempen ini
5. Tekan butang “Sponsor”
6. Teruskan dengan membuat pembayaran di laman seterusnya.
7. Anda akan dikembalikan ke laman ini selepas membuat sumbangan anda. Sumbangan anda akan direkod di sini juga.