Perjuangan Seorang Isteri: Setia Menjaga Suami Sakit Kronik Walaupun Menderita Penyakit SLE
RM 17,121 raisedFundraiser
"Abang cepat sembuh abang... saya perlukan abang..."
Dulu, kehidupan mereka berjalan seperti biasa. Vijaya a/p Kuppusamy (58 tahun) dan Shunmugam a/l Thulasci (63 tahun) adalah pasangan suami isteri yang bekerja keras mencari rezeki, berdikari, dan membesarkan anak mereka dengan penuh kasih sayang.
Namun, segalanya berubah apabila kedua-duanya diuji dengan penyakit kronik yang meragut keupayaan mereka untuk bekerja.
Vijaya telah lama berjuang melawan Systemic Lupus Erythematosus (SLE), sejenis penyakit autoimun yang menyerang organ dalam badannya. Penyakit ini telah menyebabkan tulangnya semakin reput hingga kedua-dua sendi pehanya terpaksa diganti dengan besi. Penglihatannya juga semakin kabur, dan kini dia hampir buta sepenuhnya.
Selain itu, SLE juga menyebabkan masalah kulit yang serius, yang menjadi lebih teruk selepas dia terkena bahan biohazard di tempat kerja dahulu. Sebelum ini, dia menjalani rawatan secara berkala, termasuk MRI, X-ray, dan CT scan, namun kerana kesempitan wang, Vijaya terpaksa menghentikan fisioterapi—sesuatu yang sangat penting untuk memastikan dia masih boleh bergerak dan berdikari.
Suaminya, Shunmugam, pula diserang Parkinson secara tiba-tiba ketika pandemik COVID-19 melanda. Pada suatu pagi, dia bangun dari tidur dan menyedari bahawa dia sudah tidak mampu berdiri. Badannya menggeletar teruk, pergerakannya menjadi sangat perlahan, seolah-olah mengalami strok.
Keadaannya semakin teruk—dia kini langsung tidak boleh bekerja, pertuturannya semakin perlahan, dan fikirannya semakin lemah. Dia bergantung sepenuhnya kepada orang lain untuk menguruskan dirinya.
Dulu, mereka masih mampu mencari rezeki untuk menyara hidup, tetapi kini segalanya berubah. Mereka tidak lagi mempunyai sebarang pendapatan dan hanya bergantung kepada anak saudara mereka yang turut menghadapi masalah kewangan sendiri.
Keadaan menjadi lebih menyedihkan apabila anak mereka yang masih di Tingkatan 3 terpaksa berhenti sekolah kerana keluarga tidak mampu menanggung kos pembelajaran.
Segala beban kini semakin berat. Kos rawatan untuk Vijaya dan Shunmugam semakin meningkat, dan mereka juga memerlukan wang untuk keperluan harian serta pengangkutan ke hospital bagi menjalani rawatan susulan. Tanpa bantuan, mereka tidak tahu bagaimana hendak meneruskan kehidupan.
Mereka sedang melalui hari-hari yang amat mencabar, dan bantuan anda, sekecil mana pun, mampu meringankan beban mereka. Orang baik, jom kita bantu ringankan beban pasangan suami isteri ini!
JUMLAH KEBAIKAN YANG DIPERLUKAN : RM43,967
BAGAIMANA UNTUK MENYUMBANG?
1. Klik Sponsor
2. Masukkan jumlah yang ingin disumbang
3. Masukkan maklumat anda
4. Pilih cara pembayaran dan buat sumbangan
5. Sumbangan berjaya dan resit akan dihantar melalui e-mel