Menghidap Penyakit Jantung & Sindrom Down Sejak Lahir, Baby Naura Perlukan Rawatan Segera!

Menghidap Penyakit Jantung & Sindrom Down Sejak Lahir, Baby Naura Perlukan Rawatan Segera!

RM 1,225 raised
from RM 25,727
0  days left

Fundraiser

Bahtera Amal

Ketika Naura masih dalam kandungan, doktor katakan yang pembesarannya terbantut. Tulang Naura tak tebentuk seperti normal dan seolah-olah kerdil. Sejak itu ibu Naura, Puan Nor perlu ke hospital 2 minggu sekali untuk pemeriksaan. Di akhir kandungan, Naura disahkan songsang dan Puan Nor perlu menjalani pembedahan kecemasan serta merta di usia kandungan 36 minggu.

Baru sahaja dilahirkan, Naura Ayra terus dikejarkan ke ICU. Naura disahkan Sindrom Down dan kekurangan darah merah dan darah kuning. Baby Naura menghidap Pulmonary Hypertension yang mempengaruhi arteri di paru-paru dan jantungnya. Saluran darah di paru-paru Baby Naura yang sepatutnya tertutup tidak tertutup. Ini menyebabkan jantung serta paru-parunya bekerja 2 kali ganda!

Setelah 2 minggu di NICU, Doktor bercadang untuk melakukan pembedahan namun jangkitan paru-paru dan tekanan darah yang terlalu tinggi menyebabkan pembedahan yang boleh mengakibatkan kematian itu ditangguhkan.

Kata doktor, baby Naura perlukan mesin oksigen untuk terus bernafas. Sekarang ini baby Naura menggunakan tabung oksigen wakaf yang dipinjam sementara. 

Setiap nafas yang diambil dan dihembus sangat menyiksakan baby Naura. Orang baik, jom kita kongsikan sedikit rezeki kita untuk kesembuhan baby Naura! Sedikit mana sumbangan kita besar maknanya buat Naura sekeluarga. 

JUMLAH KEBAIKAN YANG DIPERLUKAN = RM25,727


BAGAIMANA UNTUK MENYUMBANG?

1. Klik Sponsor 
2. Masukkan jumlah yang ingin disumbang 
3. Masukkan maklumat anda
4. Pilih cara pembayaran dan buat sumbangan
5. Sumbangan berjaya dan resit akan dihantar melalui e-mel

Loading...
Loading...
Loading...