Menderita Kanser Payudara Tahap 4, Bantu Puan Watinem Dapatkan Rawatan!
RM 912 raisedFundraiser
2 tahun bertarung melawan kanser payudara, kini kanser itu berada di tahap 4. Puan Watinem sedang bergelut antara hidup dan mati. Perjuangan Puan Watinem yang berusia 54 tahun menentang kanser payudara masih belum selesai, kini dia lumpuh kerana tulangnya rapuh dan pinggulnya patah.
Rambut yang dahulunya tumbuh lebat dan hitam, kini tiada sehelai pun yang tumbuh. Bibirnya pucat dan kering, matanya kelihatan kosong. Walaupun terbaring lemah dan tidak berdaya, Puan Watinem masih menaruh harapan untuk sembuh.
Sejak 2 tahun lalu, hidup Puan Watinem penuh dengan keperitan. Setiap minggu, dia perlu menempuh perjalanan selama 2.5 jam untuk pergi ke hospital rujukan 3 kali seminggu.
Secara keseluruhan, kos sahaja menelan kos ribuan ringgit sebulan! Tak termasuk rawatan sokongan dan ubat lain.
Memandangkan Puan Watinem sakit, Encik Mustakim suaminya telah menjaga Puan Watinem. Keadaan dan kesibukan isterinya menyukarkan Encik Mustakim menjalankan tugasnya sebagai rider sehingga mereka hilang punca pendapatan.
Hingga sekarang hampir tiada pendapatan yang memaksa Encik Mustakim meminjam wang sana sini sehingga dia buntu bagaimana untuk membayar hutang tersebut.
Encik Mustakim juga sedang mencari kerja tambahan dengan menjadi buruh tani harian. Dalam keadaan ekonomi yang amat sukar, Encik Mustakim memikirkan cara paling jimat untuk memberi isteri dan anaknya makan. Terpaksa lah beras digantikan dengan tepung beras yang diproses secara merebus, untuk dijadikan makanan harian keluarganya.
Sedih, di saat Puan Wartinem memerlukan pengambilan nutrisi yang seimbang untuk melawan kanser, dia bertahan dengan hanya makan tepung beras rebus setiap hari. Tapi harus bagaimana lagi? Dia tidak boleh mengeluh, Puan Watinem sentiasa bersyukur sambil berharap agar dia kembali sihat agar dapat membantu suaminya.
#OrangBaik, ayuh kita bantu Puan Watinem dapatkan rawatan yang sepatutnya agar dia boleh kembali sihat.
JUMLAH KEBAIKAN YANG DIPERLUKAN = RM33,200
BAGAIMANA UNTUK MENYUMBANG?
- Klik Sponsor
- Masukan jumlah yang ingin disumbang
- Masukkan maklumat anda
- Pilih cara pembayaran dan buat sumbangan
- Sumbangan berjaya dan resit akan dihantar melalui e-mel