Anak Yatim Piatu Berjuang Demi Adik dan Atuknya

Anak Yatim Piatu Berjuang Demi Adik dan Atuknya

RM 3,580 raised
from RM 39,640
0  days left

Fundraiser

Yayasan Synergi Aid Network

"Sekarang ayah dan ibu sudah tak ada, padahal tak lama lagi adik harus bersekolah.. Saya takut tak boleh hantar dia ke sekolah, kak.." - Putra, 11 tahun.

Putra hanya mampu menangis ketika dirinya hanya mampu memberi adiknya makan nasi campur garam sahaja. Kanak-kanak 11 tahun ini masih tak menyangka bahawa sang ibu sanggup larikan diri meninggalkan mereka dua beradik, tak lama setelah ayah meninggal dunia.

Belum habis berasa sedih kerana ditinggal pergi sang ayah, kini Putra harus menjadi tulang belakang keluarga demi menanggung hidup adik dan atuknya yang sudah tua.

Setiap kali pulang dari sekolah, Putra tak mempunyai waktu untuk sekadar berehat apatah lagi bermain! Dia terus pergi ke sungai untuk menangkap ikan agar boleh dijual.

Tak jarang, Putra berjuang mencari ikan sehingga badannya menggigil kesejukan tapi ikan yang ditangkap tidak seberapa. Jika dijual pun tak akan cukup, dimakan pun hanya bertahan untuk sehari.

Putra dan adiknya tinggal di pondok kecil yang sudah usang peninggalan orang tuanya. Keadaan dinding kayunya juga sudah sangat tua dan sepertinya sudah tidak kukuh lagi.

Pilu, Putra bahkan tak sempat memikirkan keadaan tempat tinggalnya kerana sibuk mencari rezeki demi membayar barang-barang keperluan harian serta biaya persekolah dirinya dan sang adik.

#OrangBaik, jom sama-sama kita bantu Putra berjuang agar adiknya boleh ke sekolah!

JUMLAH KEBAIKAN YANG DIPERLUKAN = RM39,640

*sebanyak 15.9% daripada jumlah ini akan digunakan untuk promosi dan iklan kempen
*target kempen akan dinaikkan secara berperingkat


BAGAIMANA UNTUK MENYUMBANG?

  1. Klik Sponsor 
  2. Masukan jumlah yang ingin disumbang 
  3. Masukkan maklumat anda
  4. Pilih cara pembayaran dan buat sumbangan
  5. Sumbangan berjaya dan resit akan dihantar melalui e-mel
Loading...
Loading...
Loading...