Kanak-Kanak 2 Tahun Derita Sakit Paru-paru!

Kanak-Kanak 2 Tahun Derita Sakit Paru-paru!

RM 423 raised
from RM 11,590
0  days left

Fundraiser

Jupri


Puteri Maryam (2.8 tahun) anak yang cukup comel, hidupnya penuh gelak tawa dengan gelagat gerak-gerinya yang riang. Namun semua itu berubah, hari-harinya berganti dengan rintihan dan kesedihan apabila dia diserang penyakit kronik. Tubuhnya yang berisi itu mulai berubah, nyawanya kini terancam setiap saat..  

Encik Jupri tidak dapat menahan kalung airmatanya dari tumpah saat menatap wajah putri kesayangannya yang kini terlantar sakit. Dia anak perempuannya yang comel dan manis itu kini mempertaruhkan nyawanya sendirian.

Awalnya Maryam cuma mengalami demam panas dan batuk. Setelah diberi ubat demam, keadaan Maryam  pun bertambah baik dan demamnya semakin reda. Namun, tidak lama kemudian, Maryam kembali demam. Badannya pula dipenuhi bintik-bintik merah, manakala pernafasannya tersekat-sekat akibat sesak nafas!

Malangnya, disebabkan tidak mampu membiayai bil hospital, Ayahnya dan Ibunya tidak membawanya ke hospital. Dengan berbekalkan semangat dan keyakinan, Ayah dan Ibu Maryam hanya mampu berikhtihar untuk memberi ubat demam dan tidak lama selepas 2 bulan, Maryam kembali kesakitan! 

Tanpa diduga, keadaan Maryam semakin teruk! Maryam sudah tidak mampu bersuara dan sangat lemah. Kemuncaknya, dia demam panas sehingga mencecah 40 darjah! Bertambah parah, dia mengalami sawan dan sesak nafas yang teruk. Pada saat ini lah, kedua orang tua Maryam nekad membawa Maryam ke hospital dengan hanya berbekalkan duit RM100. 

Apabila kami tiba di bilik kecemasan, keadaan Maryam sudah sangat lemah! Dia segera dipasangkan alat-alat perubatan! Sungguh, hasil x-ray dan pemeriksaan doktor memusnahkan dunia Encik Jupri dan Puan Nurjanah. Anak perempuan mereka nampaknya diserang jangkitan di paru-paru. Ini kerana paru-parunya dibanjiri dengan cairan akibat dari jangkitan! Apa yang lebih teruk, tahap oksigen Maryam juga telah menurun, ia jauh dari bacaan normal!

Kini Maryam tidak mungkin dapat bertahan tanpa mendapat rawatan rapi di Bilik NICU! Jika tidak, fungsi paru-parunya boleh rosak total dan nyawanya terancam!

Apa yang menyedihkan, apatah lagi untuk menampung jumlah kos hospital yang mencecah puluhan ribu, kos untuk berulang alik sahaja, terpaksa meminjam. Dengan hanya gaji RM75 sehari sebagai buruh kasar, itu bukanlah gaji yang cukup lumayan untuk menampung kos rawatan anaknya...

#OrangBaik, harapan Encik Jupri dan Puan Nurjanah sangat sederhana, ingin melihat putrinya kembali pulih. Hulurkan tangan ringankan beban! 

JUMLAH KEBAIKAN DIPERLUKAN = RM11,590

 


BAGAIMANA UNTUK MENYUMBANG?

  1. Klik Sponsor 
  2. Masukkan jumlah yang ingin disumbang 
  3. Masukkan maklumat anda
  4. Pilih cara pembayaran dan buat sumbangan
  5. Sumbangan berjaya dan resit akan dihantar melalui e-mel
Loading...
Loading...
Loading...