TOLONG! Nyawa Anak & Isteri Abang Kurier di Hujung Tanduk..
RM 567 raisedFundraiser
Kebahagiaan menyambut buah hati berganti jadi duka. Hanya beberapa saat bayinya diletakkan di dada selepas kelahiran, bayi kecil itu terus dikejarkan ke NICU kerana wajahnya yang membiru dan sukar bernafas. Puan Yuliawati pula terus dimasukkan ke ICU kerana tekanan di pembuluh darah yang terlalu tinggi.
Pak Kumaedi yang baru sahaja mahu bergembira dengan kelahiran anaknya, tak mampu berfikir jelas apabila mengetahui keadaan anak dan isterinya. Nasib keluarga kecilnya bak telur di hujung tanduk!
Kos rawatan ICU & NICU perlu dibayar dengan upahnya sebagai seorang penghantar barang yang kadangkala tak cukup pun untuk makan sekeluarga. Setiap langkah Pak Kumaedi mengetuk rumah customer, tak pernah hilang bayangan pilu anak isterinya di hospital yang sama-sama berjuang melawan garis kritikal selepas perlu bersalin tiba-tiba.
JUMLAH KEBAIKAN DIPERLUKAN = RM37,980
*sebahagian 15.9% daripada jumlah ini akan digunakan untuk promosi dan iklan kempen
**target kempen akan dinaikkan secara berperingkat mengikut keperluan pesakit
Penantian 8 bulan buah hatinya lahir berakhir dengan kegalauan yang cukup memporak-perandakan dunia Pak Kumaedi. Bukan ayah ini tak bersyukur, tapi tak sanggup melihat bayinya membiru dilarikan ke unit rawatan rapi neonatal kerana sesak nafas, paru-parunya belum sempurna kerana lahir sebulan lebih awal.
Isterinya pula berjuang di ICU. Tubuhnya lemah, pandangannya kosong menatap siling hospital. Jauh di lubuk hatinya, Puan Yuliawati ingin sekali memeluk bayi yang dikandung 8 bulan, memberikan harapan kepada anaknya yang mereka mampu lalui waktu kritikal bersama. Tapi apa daya, bergerak pun tak mampu, apa lagi menggendong buah hati..
Bertubi-tubi cubaan menerpa keluarga kecil Pak Kuamedi, meski kini hatinya hancur berkeping, Pak Kumaedi tak boleh patah semangat. Kerap kali dia susah hati bila perlu tinggalkan anak dan isterinya pergi bekerja, tapi dia tak punya pilihan. Hati ayah ini semakin gusar memikirkan bil hospital yang tertunggak berpuluh ribu yang perlu dibayar secepatnya untuk kedua-dua orang tersayang teruskan rawatan.
Tapi seperti mustahil. Upahnya sebagai penghantar batang hanya dibayar RM30/hari, tak cukup pun untuk bayar rumah sewa RM250 dan sekolah 2 anaknya yang lain, apatah lagi untuk melunaskan tunggakan hospital berpuluh ribu ringgit.
#OrangPrihatin, Pak Kumaedi terpaksa lalui perjuangan penuh liku untuk selamatkan anak dan isterinya yang kritikal. Jom sama-sama bantu keluarga kecil ini untuk mereka kembali tersenyum.
CARA MENYUMBANG
1. Klik Sponsor
2. Masukan jumlah yang ingin disumbang
3. Masukkan maklumat anda
4. Pilih cara pembayaran dan buat sumbangan
5. Sumbangan berjaya dan resit akan dihantar melalui e-mel