Bantu Satra Yang Menghidap 3 Penyakit Sekaligus!
RM 4,178 raisedFundraiser
Satra kurung kering sehingga pipi dan badannya hanya tinggal tulang. Menghidap 3 penyakit sekaligus telah melumpuhkan badannya yang masih kecil. Tanpa bantuan oksigen di hospital, Satra mungkin berhenti bernafas! Keadaannya semakin lemah hari demi hari kerana menghidap TB Paru-paru, Radang Paru-Paru (Pneumonia) dan masalah kekurangan nutrisi (Malnutrisi) yang sangat teruk. Suatu hari, cacing keluar daripada mulut, hidung dan punggungnya yang membuatkan Ibunya terkejut dan ketakutan.
Disebabkan sebelum ini Ibunya sering bertangguh-tangguh membawanya ke hospital kerana tiada duit, saat itu tanpa berfikir panjang Ibunya bergegas membawa Satra ke hospital. Mujurlah, Satra berjaya diselamatkan dan tidak terlambat mendapatkan rawatan terutamanya bantuan oksigen. Namun kini, Ibunya kebingungan mahu mencari wang untuk membayar kos rawatan di hospital yang makin hari makin meningkat.
Ayahnya Satra tidak dapat bekerja akibat telah lumpuh dan si Ibulah yang menjadi satu-satunya tulang belakang keluarga, namun Ibu tak mampu bekerja kerana perlu menjaga Satra dan suaminya. Mereka sekeluarga hidup dalam keadaan yang serba daif, makanan mereka terpaksa dicatu hingga mengakibatkan Sastra mengalami masalah malnutrisi akibat kekurangan zat dan khasiat. Mana mungkin Ibunya mampu menyediakan makanan berkhasiat sedangkan makanan harian juga adakalanya tak dapat disediakan..
Allah.. Keadaan mereka sekeluarga sangat tenat dan memerlukan bantuan ANDA diluar sana. Nasib mereka tak sebaik kita, kesulitan hidup mereka tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Mohon bantu rawatan Satra dan selamatkannya daripada malnutrisi!
LOKASI PENERIMA KEMPEN = SULAWESI SELATAN, INDONESIA
JUMLAH KEBAIKAN YANG DIPERLUKAN = RM11,590
*15.9% daripada kempen akan digunakan untuk tujuan promosi dan pengiklanan
*Target di kempen akan dinaikkan secara berperingkat
BAGAIMANA UNTUK MENYUMBANG?
1. Klik Sponsor
2. Masukkan jumlah yang ingin disumbang
3. Masukkan maklumat anda
4. Pilih cara pembayaran dan buat sumbangan
5. Sumbangan berjaya dan resit akan dihantar melalui e-mel