Buah Pinggang Bocor, Bantu Adik Aqil!

Buah Pinggang Bocor, Bantu Adik Aqil!

RM 4,774 raised
from RM 14,426
0  days left

Fundraiser

Orang Baik
noor athirah

Adik aqil dilahirkan secara normal dan sihat seperti kanak kanak lain. pada usia setahun mata adik aqil naik bengkak, kami ingatkan digigit semut tetapi bengkak air itu merebak ke bahagian kemaluan pula dan ditahan wad selama 2 minggu kerana doktor mengesahkan penyakit adik aqil.

Pada masa yang sama, gaji kami suami isteri dipotong hampir seribu setiap seorg kerana cuti emergency dan diberhentikan kerja dan kami suami isteri mula kerja sendiri untuk menampung kewangan keluarga kecil kami. Adik aqil adalah anak ketiga dari empat org adik beradik. Saya hanya menjual kuih muih dan mengambil tempahan makanan secara kecil kecilan dan menghantar kuih divendor-vendor berhampiran rumah. Untuk keadaan adik sekarang badan masih lagi kerap membengkak kerana masalah kesihatannya dan masih mendapatkan rawatan/medical check up di hospital. Kami juga membawanya ke rawatan kampung serta klinik yang disyorkan oleh pesakit lain juga kerana kami mahu adik aqil sihat dan tidak membengkak seperti dahinya sekarang ini



Dahulu badan adik aqil normal seperti kanak-kanak lain. Tetapi sekarang disebabkan penyakit adik aqil, badannya membengkak sehingga berat naik 2-3 kali ganda. Jika badannya bengkak, adik aqil sgt susah untuk bergerak dan tidak aktif seperti biasa.

Kami di berhentikan kerja kerana ingin meminta cuti pada bulan yg sama dan gaji dipotong sangat banyak kerana cuti walhal, kami memohon cuti emergency leave,tetapi hari menukar kepada unpaid leave selama 2minggu. Kami tidak dapat membayar sewa rumah dan kami mencari jalan untuk berniaga sendiri serta mengambil upah menghantar barang sambil menjaga adik aqil, kerana itulah kami memerlukan bantuan kewangan untuk menampung hidup kami anak beranak dan kami memerlukan kewangan untuk merawat penyakit adik aqil secara altenatif di tempat yg disyorkan oleh keluarga dan rakan-rakan. Tempat yang kami pergi membuahkan hasil tetapi kosnya sgt tinggi kerana kos rawatan untuk sekarang mahal.

pengalaman yg tak dapat dilupakan melihat kemaluan adik aqil membengkak sangat besar seperti melecur atau belon yang menyebabkan adik aqil menangis kerana sakit untuk membuang air kecil. Mata adik aqil juga membengkak seperti belon yang menyebabkan tidak nampak melihat mata hitam dan putihnya seperti org lain. Saya sangat berharap adik aqil dapat sihat seperti dahulu tanpa bengkak-bengkak dan penyakitnya pulih seperti biasa.

JUMLAH KEBAIKAN DIPERLUKAN = RM14,426

(klik disini untuk pecahan kos)

Loading...
Loading...
Loading...