Dana Rawatan FIP dan Buah Pinggang Luna

Dana Rawatan FIP dan Buah Pinggang Luna

RM 2,476 raised
from RM 2,745
0  days left

Fundraiser

Zahrul Nisa

Luna kucing yang sangat manja dan baik cumanya spesis Luna agak sukar dijaga berbanding kucing kampung. Caca perasan Luna banyak minum tak macam kucing lain dan Caca mula pelik kenapa luna tiba-tiba tak pandai urin dalam toilet dia, diikuti bulu yang semakin tak terurus walau disikat setiap hari. Suatu hari Luna angsung tak aktif, makan semakin kurang, badan semakin kurus dan yang paling teruk ada jangkitan pada mata Luna. Mata Lluna daripada bewarna oren bertukar keputihan dipenuhi selaput. Selesema tak baik-baik walaupun dah bertukar antibiotik. Caca up gambar Luna di FB, Alhamdulillah ada hamba Allah PM Caca maklumkan keadaan Luna yang memerlukan ujian darah. Esoknya, lepas buat ujian darah di klinik juga Caca menangis tengok keadaan Luna yang menghidap FIP dan masalah buah pinggang yang teruk. Luna mesti dirawat segera dan rawatan tersebut memerlukan kos yang agak tinggi.

Keadaan Luna semakin teruk, kemungkinan menjadi buta. Berat Luna hanya tinggal 1.9kg. Bulu Luna juga habis rosak dan gugur. Luna perlukan rawatan GS yang perlu disuntik selama 84 hari tanpa skip dan buah pinggang Luna perlu disuntik air seumur hidup. Caca dah mengeluarkan lebih kurang 1k untuk rawatan atau supplement dan ujian darah Luna.

Untuk pengetahuan semua, Caca masih ada 17 ekor kucing untuk dijaga, jadi rawatan Luna yang memerlukan kos yang tinggi menyebabkan Caca terpaksa mohon bantuan semua. Sumbangan serendah RM1 juga sudah besar buat Caca. Caca berharap pembaca diluar sana sudi membantu. Moga Luna terus kuat untuk melawan penyakit. 

JUMLAH KEBAIKAN YANG DIPERLUKAN = RM1,945

Klik untuk pecahan kos.

Loading...
Loading...
Loading...