URGENT! Bantu Asyraf Sembuh daripada Kanser Darah

URGENT! Bantu Asyraf Sembuh daripada Kanser Darah

RM 1,420 raised
from RM 50,000
0  days left

Fundraiser

Hanum Aditiya

Pada Awal Mac 2022, Asyraf sering mengadu dan mengeluh kepalanya berpusing dan sakit dan tiba-tiba seluruh badannya keluar bintik-bintik merah disertai perutnya yang membesar serta mual dan muntah. Saya segera membawanya ke rumah sakit terdekat untuk memeriksakan kondisinya. 

Setelah beberapa dirawatan di rumah sakit, Dr mengambil sampel bone marrow/sumsum darah tulang belakang kerana simptomnya mengarah ke leukemia. Setelah mendapat keputusan, kami selaku orang tuanya sangat terkejut dan sedih kerana Asyraf didiagnos dengan Leukemia yang sangat tinggi risikonya, jenis T Cell. Akhirnya kami dirujuk ke Rumah Sakit Jenis A dan terus dimasukkan ke PICU. Asyraf ditahan beberapa minggu sehingga keadaannya semakin pulih. 

Setelah itu, Asyraf dipindahkan ke ruang perawatan dan langsung menjalani fasa kimoterapi induksi di rumah sakit Indonesia. Setelah selesai fasa induksi, kami putuskan untuk membawanya berubat ke Malaysia untuk melanjutkan fasa konsolidasi dan intensifikasi dan kerana diagnosis Tcell prognosis untuk kesembuhannya kecil, jadi kami membawanya ke Malaysia untuk berusaha mengubatinya.

Pada September 2022, kansernya telah merebak ke kepala dan dia harus melakukan transplantasi sumsum tulang belakang dengan segera. Biayanya sangat mahal. Kami sudah berupaya menjual segala aset, namun kosnya masih belum mencukupi. Setiap kali kimoterapi, Asyraf akan selalu mual muntah cirit birit dan nafsu makan berkurang.

Sebelum sakit, Asyraf adalah anak yang sangat riang dan aktif dan selalu rajin berolah raga sepeda. Setelah sakit, dia hanya di kamar dan berulang-alik ke rumah sakit untuk berubat. Imunnya kurang baik jika berada dikeramaian, jadi aktivitinyanya hanya dirumah dan rumah sakit. 

Asyraf juga sering masuk wad akibat kekurangan darah dan oksigen sehingga sesak nafas. Saya menelefon teman-teman memohon agar disumbangkan darah buat anak saya. Saya tidak putus berdoa agar darah segera mencukupi buat keperluan anak saya. 

Besar harapannya untuk melihat Asyraf sembuh total, diangkat penyakitnya dan sihat wal'afiat. Moga proses transplantasi berjalan lancar. Mohon bantu kos transplantasi Asyraf ya. Hanya kalian harapan kami. 

JUMLAH KEBAIKAN YANG DIPERLUKAN = RM50,000
*kos akan dinaikkan secara berperingkat

Klik untuk pecahan kos.

Loading...
Loading...
Loading...