Dana Perubatan Jantung Kak Minah

Dana Perubatan Jantung Kak Minah

RM 1,887 raised
from RM 63,200
0  days left

Fundraiser

My Wangsa Maju

Abang Ruslan telah menghidap sakit kronik sejak 15 tahun lalu iaitu masalah saraf belakang tengkuk, migrain, darah tinggi, kencing manis, buah pinggang dan jantung bengkak. Isterinya, Puan Minah pula disahkan telah menghidap penyakit gastrik kronik yang merosakkan injap jantungnya pada 16 Jun 2022. Pembedahan yang memerlukan belanja sehingga RM100,000 perlu dilakukan segera.

Abang Ruslan kini diberhentikan kerja sebagai Pengawal Keselamatan dan sentiasa berada di sisi Puan Minah bagi menjaga keperluan isterinya. Puan Minah kini perlu menjalani rawatan susulan di Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Serdang sementara menunggu panggilan pembedahan. Tanpa menghiraukan kesakitan diri sendiri, Abg Ruslan terus cekal membantu isterinya.

Pada 4/6/22, Puan Minah tiba-tiba sakit. Beliau dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan. Beliau kemudiannya disahkan menghidap "Severe Vulvular Disease" yang memerlukan pembedahan segera. Kos rawatan ketika itu sahaja telah mencecah RM16,000, pasangan ini buntu dan tidak tahu di mana untuk memohon bantuan. Tambahan lagi dengan kos pembedahan dan rawatan susulan yang mampu mencecah RM100,000. Pasangan ini kini memohon sumbangan orang ramai bagi membantu mereka.

Sejak menerima rawatan sebagai pesakit warga asing di HKL yang menelan belanja RM500 sehari, segala kos rawatan susulan juga menelan belanja yang tinggi. Dengan ketiadaan sumber pendapatan, ditambah tidak mempunyai sebarang simpanan lagi bagi menampung keperluan rawatan yang diperlukan.

Kehidupan pasangan ini kini hanyalah mengharapkan bantuan makanan dan sumbangan masyarakat terdekat bagi menampung kos rawatan harian yang diperlukan oleh Puan Minah.

Kami dari NGO My Wangsa Maju rasa terpanggil untuk memikul tanggungjawab dalam membantu pasangan ini. Harapan kami agar Dana Rawatan Jantung Kak Minah ini berjaya dikumpulkan dan pembedahan dapat dilakukan pada kadar yang segera.

JUMLAH KEBAIKAN YANG DIPERLUKAN = RM63,200

(Klik disini untuk lihat pecahan kos)

Loading...
Loading...
Loading...