Bantuan Kerusi Roda

Bantuan Kerusi Roda

RM 380 raised
from RM 60,000
0  days left

Fundraiser

Orang Baik
Eziconcare

Usaha murni Pertubuhan Kebajikan Harapan Ezicon (Eziconcare) adalah sebagai salah satu saluran untuk orang ramai yang memerlukan mendapatkan bantuan daripada komuniti yang ingin membantu. Fokus utama adalah untuk memberikan kerusi roda yang berkualiti dan selesa kepada pesakit yang menggunakannya bagi tempoh yang panjang. 

Disebabkan pesakit menggunakan Kerusi Roda dengan kerap untuk aktiviti harian mereka seperti mandi, kerusi roda lebih senang rosak atau reput. Mereka yang keluar daripada hospital terutama yang cacat kekal terpaksa menangung kos untuk membeli sendiri kerusi roda. Ada diantara mereka yang memerlukannya dengan kadar yang segera namun tidak mampu untuk memiliknya disebabkan tiada caruman insuran dan sebagainya..Kebanyakkan kerusi roda yang biasa hanya mampu bertahan sekitar 6 ke 7 bulan. Oleh itu, pihak Eziconcare ingin memastikan pesakit yang dibantu menerima kerusi roda yang berkualiti dan tahan lama.

Kelebihan Kerusi Roda yang disediakan oleh Ezicooncare

Setakat ini Eziconcare menerima permohonan 1500 buah kerusi untuk diagihkan kepada individu dan pusat jagaan orang tua dan kanak-kanak. Semoga dengan kerjasama melalui Kitafund ini, sumbangan daripada anda sebagai #OrangPrihatin dapat membantu lebih ramai pesakit yang memerlukan bantuan kerusi roda.

Untuk makluman, inisatif ini adalah merupakan program di bawah Pertubuhan Kebajikan Harapan Ezicon sebagai pertubuhan yang berdaftar. Sebelum ini kami menumpukan Program sumbangan seperti makan asas, mangsa banjir dan lain-lain sebelum beralih kepada Eziconcare yang menumpukan kepada sumbangan barangan perubatan.

Klik untuk pecahan kos

 

Loading...
Loading...
Loading...