Bahaya FIP : Ben dan Bulat Semakin Lemah

Bahaya FIP : Ben dan Bulat Semakin Lemah

RM 8,526 raised
from RM 8,327
0  days left

Fundraiser

Orang Baik
Mariana

Nama saya Mariana Suhaili. 2 ekor kucing saya Bulat dan Ben namanya. Kedua-dua kucing saya adalah kucing yang saya rescue. Kedua-dua jantan dan sudah disunatkan. Sudah 2 tahun saya menjaga bulat. Secara kebetulan sedang pintu kereta saya dibuka bulat terus masuk dan tak mahu keluar dari kereta selepas itu.

Dari haritu saya terus menjaganya. Bulat sakit secara tiba-tiba dalam bulan 1 Bulat sudah mula berjalan jatuh dan kurang mahu makan. Saya ke Klinik maya untuk memeriksaan dan ubat anti radang serta antibiotic diberikan. Ben saya selamat dari DBKL-SPCA Taman Miharja Cheras pada bulan Nov 2020 dan menjaganya hingga kini. Ben lebih gemar menyendiri dari kalangan kucing-kucing stray yang ada bawah jagaan saya.

Kencing sudah mula memancut dan tidak dapat merasa apabila mahu membuang air besar dan dia seakan sembelit. Apabila melihatkan Bulat semakin beratnya menyusut dan telah saya telah menghantar Bulat ke SAMC Damansara untuk membuat pemeriksaan padanya.

Mungkin ada keretakan di tulang belakang Bulat. Namun tekaan saya silap. Xray sudah di lakukan tidak ada sebarang keretakkan pada tulang belakang Bulat. Bulat dimasukkan ke wad selama 3 hari. Selepas keluar dari SAMC, Bulat semakin sihat. Makin berselera dan mampu berjalan walaupun perlahan.

Namun dalam masa seminggu Bulat tiba-tiba tidak mampu bangun dan berjalan. Lumpuh seluruh badan. Tidak mampu makan minum dengan sendiri dan saya harus menyuap makan dan minum untuk Bulat serta membersihkan kerana bulat tidak mampu untuk membersihkan dirinya sendiri.

Bulat hanya terbaring dan kadang kala kekejangan. Tangan dan kakinya kaku dan harus diurut. Pada 4/5 saya telah membawa Bulat dan Ben ke klinik Anis Family Veterinar untuk menjalani ujian darah dan hasil ujian Bulat dan Ben telah di sahkan menghidap FIP (Feline Infectious Peritonitis).

Ben sudah mula menghidap jaundice. Saya memerlukan lebih kurang 30 botol vial bagi Bulat dan Ben untuk tempoh kurang dari 84 hari. Ubat tersebut akan dibeli dari platform BASMIFIP.

Mohon bantu saya untuk merawat Bulat dan Ben untuk kembali sihat seperti dahulu. Ini adalah pertama kali untuk saya menjaga kucing yang terkena FIP. Dulu saya kurang ilmu mengenai FIP dan ubat GS-441524. Saya tidak sanggup lagi kehilangan kedua-dua ekor kucing saya.

Dengan rasa rendah diri saya memohon untuk memberi sedikit bantuan pada Bulat dan Ben. Mereka bukan lagi hanya seekor kucing tapi sudah menjadi anak-anak pada saya. Saya sangat-sangat memerlukan bantuan anda semua bagi menyelamatkan Bulat dan Ben. Namun, Bulat masih menunjukkan semangat yang kuat untuk terus hidup dan oleh itu, saya berusaha untuk membantu Bulat dan Ben untuk sihat semula.

KOS YANG DIPERLUKAN

a) Kos ubat 84 hari untuk 2 ekor :15 vial Gs-441524 (84hari) x RM499 = RM7,485
b) Kos suntikan yang perlu dibuat di vet RM20 x 84 hari = RM1,680

RM7,485 + RM1,680 = RM9,165

KOS KESELURUHAN = RM9,165

--------------------------------

KEMASKINI KOS YANG DIPERLUKAN (pada 20 Mei 2021 oleh Admin Sha)

a) Kos ubat GS441524 20mg/ml RM450 x 1 vial = RM450
b) Kos ubat GS441524 17mg/ml RM387 x 14 vial (2 ekor) = RM5,418
b) Kos suntikan yang perlu dibuat di vet RM20 x 84 hari = RM1,680

RM450 + RM5,418 + RM1,680 = RM7,548

KOS KESELURUHAN TERBARU = RM7,548

(Kos disahkan oleh admin Fakhrul pada 20 May 2021)

Tambahan Kos Pengiklanan Kempen Sebanyak 10.6% 

*Sejumlah RM779 daripada jumlah di kempen akan digunakan agar lebih banyak capaian boleh didapatkan.

_______________________________________________

Cara untuk Menyumbang ke Kempen ini

1. Tekan butang “Sponsor”

2. Nyatakan jumlah dana yang ingin diberikan

3. Pilih cara pembayaran (Online Banking atau Debit/Credit Card/Paypal).

4. Berikan e-mel untuk menerima resit dan kemaskini dari kempen ini

5. Tekan butang “Sponsor”

6. Teruskan dengan membuat pembayaran di laman seterusnya.

7. Anda akan di kembalikan ke laman ini selepas membuat sumbangan anda. Sumbangan anda akan direkod di sini juga

8. Untuk info terkini seperti jumlah pengeluaran dana dan gambar penerima sumbangan, boleh rujuk di bahagian "Kemas Kini" kempen

 

Loading...
Loading...
Loading...