FIP Jenis Basah Punca Cecair Di Paru-Paru Noodle
RM 3,818 raisedFundraiser
Saya Yap Xing Yi, seorang pelajar yang berumur 21 tahun yang belajar sambil bekerja. Tetapi, malang tidak berbau. Noodle kucing saya, sekarang ia berumur lebih dari satu tahun, dan dia ialah anak kucing yang saya jaga. Noodle telah didiagnosis dengan FIP basah sejak dua minggu yang lalu.
Bagaimanapun, saya berasa sangat tidak berdaya kerana saya masih seorang pelajar dan saya perlu membayar yuran serta pinjaman PTPTN juga, kemampuan saya sangat terhad dari aspek kewangan. Sebelum menderita penyakit ini, Noodle seekor kucing comel yang suka melompat-lompat.
Setakat ini, Noodle telah dipam dua kali dari paru-paru untuk mengeluarkan cecair yang tersumbat dalam paru-paru. Setiap kali Noodle mengepam air, nyawanya berada dalam situasi berisiko dan kucing saya mungkin mati pada bila-bila masa di atas meja operasi. Mujurlah, dia terselamat. Saya yakin Noodle boleh melawan penyakit ini dengan agresif dan berani, dengan perjagaan teliti saya.
Saya berasa nasib baik kerana terdapat banyak orang baik yang menberi saya nasihat dan pertolongan. Dengannya situasi kewangan yang nipis sebagai seorang pelajar, saya mengetahui bahawa dapat mengumpulkan dana untuk merawat kucing saya, Noodle melalui Kitafund, saya amat menghargai jasa and bersyukur. Saya ingin mencuba cara ini untuk merawat kucing saya yang dalam risiko FIP basah ini. Berikut adalah kos rawatan yang perlu saya tanggung untuk merawat kucing saya.
KOS YANG DIPERLUKAN
a) Ubat GS-441524 -20mg/ml (RM499) x 6 vials = RM2,994
b) Rawatan blood test RM150 x 3 kali ujian = RM450
c) Kos sinar X-Ray RM155 x 10 kali = RM1,550
d) Suntikan ubat GS RM10 x 84 hari = RM840
RM2,994 + RM450 + RM1,550 + RM840 = RM5,834
KOS KESELURUHAN = RM5,834
------------------------
KEMASKINI KOS YANG DIPERLUKAN
e) Kos rawatan mengeluarkan air di perut Noodle RM100 x 10 kali = RM1,000
RM2,994 + RM450 + RM1,550 + RM840 + RM1,000 = RM6,834
KOS KESELURUHAN TERBARU = RM6,834
-----------------------
KEMASKINI KOS YANG DIPERLUKAN (pada 18 April 2021 oleh Admin Sha)
a) Ubat GS-441524 -20mg/ml (RM499) x 11 vials = RM5,489
b) Rawatan blood test RM280 x 2 kali = RM560
RM5,489 + RM560 = RM6,049
KOS KESELURUHAN = RM6,049
(Kos disahkan oleh Admin Fakhrul pada 23/4/2021)
Sudah terang lagi bersuluh bahawa kos rawatan ini bukanlah digit yang kecil. Selanjutnya saya hanya seorang pelajar yang masih belum bekerja lagi. Di sinilah saya ingin merayu semua orang yang berbaik hati, bolehlah bantu saya dengan menderma wang kepada Kitafund untuk merawat kucing saya yang menghadapi FIP basah.
Saya tidak rela melihat kucing saya meninggal dunia tanpa sebarang percubaan ataupun rawatan. Baik hati dan bantuan daripada semua orang akan saya balas dengan ribuan terima kasih. Di sini saya janji untuk update perjalanan rawatan kucing saya, dan juga saya akan juga menderma wang kepada siapa-siapa kucing yang menghadapi penyakit kronik.
Ayuh #OrangPrihatin! Mari sama sama membantu Noodle, Noodle amat memerlukan ubat ini. Si putih Noodle terpaksa menjalani rawatan membuang air di perut, dan ia sangat menganggu kesihatan dia. Mari bantu dengan menyumbang dan berkongsi kempen ini kepada semua!
_______________________________________________
Cara untuk Menyumbang ke Kempen ini
1. Tekan butang “Sponsor”
2. Nyatakan jumlah dana yang ingin diberikan
3. Pilih cara pembayaran (Online Banking atau Debit/Credit Card/Paypal).
4. Berikan e-mel untuk menerima resit dan kemaskini dari kempen ini
5. Tekan butang “Sponsor”
6. Teruskan dengan membuat pembayaran di laman seterusnya.
7. Anda akan di kembalikan ke laman ini selepas membuat sumbangan anda. Sumbangan anda akan direkod di sini juga
8. Untuk info terkini seperti jumlah pengeluaran dana dan gambar penerima sumbangan, boleh rujuk di bahagian "Kemas Kini" kempen