Bantu Yussop, 53 Tahun, Kencing Manis dan Sakit Urat Saraf, Mendapatkan Keperluan Rawatan Harian

Bantu Yussop, 53 Tahun, Kencing Manis dan Sakit Urat Saraf, Mendapatkan Keperluan Rawatan Harian

RM 1,571 raised
from RM 1,560
0  days left

Fundraiser

Yussop Aliamat

Saya Yussop Bin Aliamat@Yussop Bin Aliamin berusia 53 tahun berasal dari Sabah. Saya telah disahkan menghidap penyakit Jantung pada tahun 2007 dan Kencing Manis pada tahun 2008. Saya juga mempunyai masalah Sakit Saraf.

Pada setiap hari saya diperlukan untuk memeriksa tahap gula dalam darah sebanyak 4 kali sehari. Jika terdapat temu janji doktor pada keesokkan harinya, saya perlu pergi ke Klinik Kesihatan yang terdekat seawal jam 6 pagi untuk mendapatkan pemeriksaan gula dalam darah.

Saya juga mengalami sakit saraf dan selalu kebas-kebas anggota badan. Penyakit saraf yang saya alami telah menghadkan pergerakan saya.

Saya orang yang susah, saya mempunyai dua temu janji di Hospital Queen Elizabeth dan juga di Klinik Kesihatan. Jika ada temu janji di hospital saya perlu menaiki bas dari kampung saya untuk sampai ke hospital kerana aya tidak mempunyai kenderaan sendiri untuk pergi mendapatkan rawatan di hospital.

Oleh itu, saya sangat berharap agar dana yang dikumpul mampu membantu saya untuk membeli mesin pemeriksaan gula dalam darah agar saya tidak perlu berulang alik lagi dari klinik. Selain itu, dapat meringankan beban saya untuk pergi mendapatkan rawatan di hospital dan klinik.

Butiran pecahan kos:

1.      Ubat Saraf Mecomin: RM200 sekotak untuk sebulan

Penggunaan untuk 6 bulan: RM200 x 6 bulan =RM1,200

2.      Kos ulang alik: Klinik 6 bulan 3 kali- RM10 sekali pergi x 3 kali =RM30

                       : Hospital 6 bulan sekali- RM50 sekali pergi x 1 kali =RM50

3.      Mesin check gula dalam darah: RM280 satu set

Jumlah: RM1,200 + RM30 + RM50 + RM280 =RM1,560

JUMLAH KESELURUHAN =RM1,560

*gambar dan maklumat kempen digunakan dengan izin pesakit/keluarga

*maklumat dan dokumen pesakit telah disahkan benar

_____________________________________________________________________

Cara menyumbang:

1. Tekan butang “Sumbang”

2. Nyatakan jumlah dana yang ingin diberikan

3. Pilih cara pembayaran (Online Banking atau Debit/Credit Card/Paypal)

4. Berikan e-mel untuk menerima resit dan kemas kini dari kempen ini

5. Tekan butang “Sponsor”

6. Teruskan dengan membuat pembayaran di laman seterusnya.

7. Anda akan dikembalikan ke laman ini selepas membuat sumbangan anda. Sumbangan anda akan direkod di sini juga

Loading...
Loading...
Loading...