Zilawati Terus Kuat Menjalani Rawatan Dengan Satu Kaki
RM 5,636.92 raisedFundraiser
Saya Johari, adik kepada Puan Zilawati. Kakak saya seorang pesakit kencing manis dan buah pinggang tahap 3, kaki kanan beliau telah dipotong sehingga paras bawah lutut. Tahun 2020 ini juga telah 3 kali kakak saya menjalani pembedahan.
Kaki kakak pada mulanya hanya dipotong di bahagian buku lali akibat kencing manis yang dialami namun lama kelamaan ada bisul dan atas nasihat doktor, kaki kakak perlu dipotong lagi sehingga paras lutut. Kini, kanan hanya bergerak ke hulu ke hilir menggunakan kerusi roda sepenuhnya.
Setelah bertahun berkahwin, kakak saya tiada anak kerana memikirkan faktor kesihatannya, hidupnya hanya dikelilingi suami, ibu dan keluarga adik beradik. Saya tidak tinggal berhampiran dengan keluarga dan kakak, namun kakak saya memerlukan bantuan saya setiap kali pergi ke hospital kerana saya mempunyai kereta untuk membawanya ke hospital.
Kakak saya juga adalah pesakit buah pinggang tahap 3. Menurut doktor yang merawatnya, jika suatu hari nanti kakak saya disahkan sakit tahap yang lebih tinggi, kakak saya perlu menjalani rawatan dialisis buah pinggangnya dan ini pasti akan memakan kos yang banyak dan menambah kos yang diperlukan sedia ada.
Menurut hospital, kakak saya ada bil tertunggak sejak 2016 yang belum dijelaskan dan melihat keadaan kakak yang tidak bekerja dan suami beliau bekerja di kampung dengan gaji RM35 sehari serta mempunyai keperluan lain yang perlu diutamakan, saya perlu membantu kakak saya. Saya juga sudah berkeluarga dan tidak tinggal dekat dengan ibu ayah dan kakak saya.
(Rujuk Kemaskini Kos pertama) KOS YANG DIPERLUKAN
a) Bil tertunggak RM240
b) Kos ulang alik ke hospital (rumah-hospital-rumah) RM50 x 4 kali sebulan = RM200
RM200 x 6 bulan = RM1,200
RM240 + RM1,200 = RM1,440
JUMLAH KESELURUHAN = RM1,440
Kemaskini Kos Tambahan Pertama (pada 12 Januari 2020 oleh Admin Firdaus)
a) Bil tertunggak RM240
b) Kos ulang alik ke hospital (rumah-hospital-rumah) RM50 x 4 kali sebulan = RM200
RM200 x 6 bulan = RM1,200
RM240 + RM1,200 = RM1,440
c) Set of Below Knee Prosthesis with Multiflex Foot : RM6,557.20
RM1,440 + RM6,557.20 = RM7,997.20
JUMLAH KESELURUHAN = RM7,998
**Dana dinaikan menjadi RM7,998 kerana sistem tidak dapat rekod titik perpuluhan
Kemaskini Kedua Kos Tambahan (pada 4 Mac 2021 oleh Admin Firdaus)
a) Bil tertunggak : RM240
b) Kos ulang alik ke hospital (rumah-hospital-rumah) RM50 x 4 kali sebulan = RM200 x 6 bulan = RM1,200
c) Kos upah bantuan bawa pesakit ke hospital : RM25 x 4 kali sebulan = RM100 x 3 bulan = RM300 (*kos ini ditambah atas sebab ketidakupayaan pesakit dan ketiadaan bantuan tenaga kerja bagi membantu bawa ke hospital)
d) c) Set of Below Knee Prosthesis with Multiflex Foot : RM6,557.20
RM240 + RM1,200 + RM300 + RM6,557.20 = RM8,297.20
JUMLAH KESELURUHAN = RM8,298
**Dana dinaikan menjadi RM8,298 kerana sistem tidak dapat rekod titik perpuluhan
Kakak saya juga memerlukan beberapa keperluan lain seperti kaki palsu, kerusi roda namun kami memikirkan yang kami perlu mengutamakan keperluan yang lebih penting seperti diatas. Semoga dengan kempen ini, kakak saya dapat menarik nafas lega dan kembali tersenyum.
Ayuh semua #OrangPrihatin! Mari kita sama sama berganding bahu membantu Encik Johari dan Puan Zilawati menumpul dana untuk rawatannya. Hatinya pasti tenang dengan setiap sumbangan yang diterima dan pasti akan mendoakan kesejahteraan kalian yang menyumbang. Ayuh semua!
Tambahan Kos Pengiklanan Kempen Sebanyak 10.6%
*Sejumlah RM848 daripada jumlah di kempen akan digunakan agar lebih banyak capaian boleh didapatkan.
_____________________________________________________________
Cara untuk Menyumbang ke Kempen ini
1. Tekan butang “Sponsor”
2. Nyatakan jumlah dana yang ingin diberikan
3. Pilih cara pembayaran (Online Banking atau Debit/Credit Card/Paypal).
4. Berikan e-mel untuk menerima resit dan kemas kini dari kempen ini
5. Tekan butang “Sponsor”
6. Teruskan dengan membuat pembayaran di laman seterusnya.
7. Anda akan di kembalikan ke laman ini selepas membuat sumbangan anda. Sumbangan anda akan direkod di sini juga
8. Untuk info terkini seperti jumlah pengeluaran dana dan gambar penerima sumbangan, boleh rujuk di bahagian "Kemas Kini" kempen