Lebihan Cecair Dalam Kepala Sejak Lahir, Kini Dea Sering Diserang Sawan

Lebihan Cecair Dalam Kepala Sejak Lahir, Kini Dea Sering Diserang Sawan

RM 6,406 raised
from RM 6,320
0  days left

Fundraiser

Resmah

Saya Resmah, puteri saya bernama Dea Quinn Danela, cantiknya nama seperti orangnya. Kini anak saya berumur 4 tahun 9 bulan namun Dea tidak boleh bangun duduk dengan sendiri. Dea telah disahkan menghidap hydrocephalus sejak dilahirkan atau lebih dikenali sebagai lebihan cecair di kepala.

Dea lahir sebagai bayi pramatang 26 minggu dengan berat hanya 1.4kg yang juga menyebabkan anak saya tidak boleh dibedah terus. Berat Dea harus mencecah sekurang-kurangnya 1.8kg untuk dibedah. Ia mengambil masa yang lama untuk anak saya betul-betul boleh dibedah.

Anak saya hanya baring terlantar sejak umurnya sehari dilahirkan kerana beban di kepalanya. Semasa umurnya setahun beberapa bulan, pembedahan berjaya dijalankan dan mengembalikan saiz kepalanya namun Dea masih tidak boleh mengangkat kepalanya seperti kanak-kanak seusianya yang lain.

Sehingga sekarang, Dea hanya minum susu menggunakan ryles tiub dan semakin Dea membesar dan boleh mula makan nestum, juga hanya melalui tiub. Berat badannya juga sangat susah untuk naik. Doktor menyarankan untuk minum susu khas yang boleh membantunya menaikkan berat badan.

Dikejarkan ke hospital adalah sesuatu yang sudah tidak mampu untuk di kira berapa kali. Selain masalah lebihan cecair di kepala, anak saya juga mempunyai masalah keradangan paru-paru dan selalu berkahak serta sering diserang sawan. Oleh itu saya harus menggunakan Ao-waleet untuk minta urutan agar kahaknya cair dan berkurangan. 

Dia juga pergi ke klinik 2 kali untuk rutin jumpa doktor dan pemantauan berat badannya. Temujanji di hospital juga amat kerap. Dea perlu dipantau oleh doktor pakar di beberapa bahagian seperti neurosugeri, pediatrik, gigi, mata dan pertuturan di Hospital Likas. Manakala di Hospital Ranau pula, Dea perlu berjumpa dengan pakar untuk temujanji fisioterapi dan menukar ryles tube setiap 2 minggu.

KOS YANG DIPERLUKAN

a) Susu : RM75 x 6 pek sebulan = RM450
b) Pampers : RM30 x 4 pek sebulan = RM120
c) Ulang Alik Hospital 

  • (Rumah - Hospital Ranauu- Rumah) : RM14 x 3 kali sebulan = RM42
  • (Rumah-pekan ranau-hospital likas-pekan ranau-rumah) : RM64 × 2 kali sebulan = RM128
  • (Rumah-KKIA Ranau-rumah) : RM14 x 3 kali sebulan = RM42

d) tisu basah untuk tiub RM 15 x 3 = RM45
e) kos ulang alik kecemasan RM 14 x 3 =RM 42

RM450 + RM120 + RM42 + RM128 + RM42 + RM45 + RM42 = RM869
RM869 x 6 bulan = RM5,214

KOS KESELURUHAN = RM5,214

Suami saya bekerja sebagai tukang kayu,saya pula suri rumah sepenuh masa. Pendapatan suami kadang kala tidak mencukupi untuk membeli susu khas dan keperluannya yang lain setiap bulan.  

Ayuh semua #OrangPrihatin! Mari bantu untuk rawatan susulan Dea ke 3 hospital sekaligus membantu ringankan beban yang ditanggung oleh Puan Resmah dan suami, semoga berkat bantuan semua, keadaan Dea boleh menunjukkan potensi yang baik.

Tambahan Kos Pengiklanan Kempen Sebanyak RM689

*Sejumlah RM689 daripada jumlah di kempen telah digunakan untuk pengiklanan berbayar di Facebook/FB Ads lebih banyak capaian dana boleh didapatkan.

_____________________________________________________________

Cara untuk Menyumbang ke Kempen ini

1. Tekan butang “Sponsor”

2. Nyatakan jumlah dana yang ingin diberikan

3. Pilih cara pembayaran (Online Banking atau Debit/Credit Card/Paypal).

4. Berikan e-mel untuk menerima resit dan kemas kini dari kempen ini

5. Tekan butang “Sponsor”

6. Teruskan dengan membuat pembayaran di laman seterusnya.

7. Anda akan di kembalikan ke laman ini selepas membuat sumbangan anda. Sumbangan anda akan direkod di sini juga

8. Untuk info terkini seperti jumlah pengeluaran dana dan gambar penerima sumbangan, boleh rujuk di bahagian "Kemas Kini" kempen

 

Loading...
Loading...
Loading...