Lubang Di Jantung Harraz Semakin Membesar
RM 5,239.32 raisedFundraiser
Putera Muhammad Harraz, satu-satunya putera hati saya dan isteri yang kini berusia 9 bulan. Cukup aktif meneroka dunia namun Harraz tidak boleh terlalu aktif. Harraz telah disahkan menghidap jantung berlubang sebelah kiri sebesar 0.05mm semasa dia berusia 21 hari.
Kini Harraz berusia 9 bulan, membesar dengan sihat dan bijak. Namun tidak semua pembesaran seorang anak adalah pembesaran yang positif kerana lubang jantung Harraz juga membesar daripada 0.05mm ke 0.07mm selepas scan pada 21 September lalu.
Doktor mengesahkan Harraz perlu dibedah dan kami masih menunggu tarikh untuk pembedahan yang memakan kos RM35,000. Sekarang kami dalam proses menunggu permohonan zakat untuk Harraz diluluskan untuk menanggung kos selepas subsidi. Saya amat berharap agar urusan kami dipermudahkan.
Harraz membesar dengan aktiviti yang sangat terhad. Lubang di jantung kiri saluran darah ke badannya akan menyebabkan anak saya cepat letih, berat badan sukar untuk naik dan mudah demam. Baru-baru ini saya membawa Harraz ke Hospital Temerloh kerana masalah usus dan ari-arinya didapati bengkak kesan daripada ubat jantung yang anak saya makan. Jika keadaan semakin teruk, anak saya mungkin perlukan pembedahan.
KOS YANG DIPERLUKAN
(semakan maklumat kemaskini kos terkini pada 8/12/2020)
a) Susu - RM45 x 6 pek sebulan = RM270
b) Pampers - RM30 x 3 pek sebulan = RM90
c) Ulang Alik Hospital (Rumah - Hospital- Rumah) -
- Hospital Temerloh : RM30 x 4 kali sebulan = RM120
- IJN RM120 x 1 kali sebulan = RM120
RM270 + RM90 + RM120 + RM120 = RM600
RM600 x 6 bulan = RM3,600
KOS KESELURUHAN = RM3,600
Kemaskini Kos Tambahan pada 16 November 2020 (oleh Admin Jihan)
b) Pampers: RM30 x 4 pek sebulan = RM120
RM270 + RM120 + RM120 + RM120 = RM630
RM630 x 6 bulan = RM3,780
KOS KESELURUHAN = RM3,780
Kemaskini Kos Tambahan (Pada 8 Disember 2020 oleh Admin Firdaus)
a) Susu - RM45 x 6 pek sebulan = RM270
b) Pampers: RM30 x 4 pek sebulan = RM120
c) Ulang Alik Hospital (Rumah - Hospital- Rumah) -
- Hospital Temerloh : RM30 x 4 kali sebulan = RM120
- IJN RM120 x 1 kali sebulan = RM120
RM270 + RM120 + RM120 + RM120 = RM630 : RM630 x 6 bulan = RM3,780
d)Penginapan semasa mendapatkan rawatan di IJN : RM80 x 15hari = RM1,200
e) makan minum semasa mendapatkan rawatan di IJN : RM15(seorang) x 2 orang(sehari) : RM30 x 15 hari = RM450
RM3,780 + RM1,200 + RM450 = RM5,430
Saya mohon untuk bantuan keperluan anak saya begitu juga dengan kos untuk ulang alik ke hospital dan IJN. Untuk kos ulang alik ke IJN, saya masih belum boleh pastikan kekerapa ke sana memandangkan kami belum mendapatkan tarikh pembedahan Harraz. Semoga semuanya dipermudahkan.
Sayang baby Harraz. Ayuh semua #OrangPrihatin, mari bantu ringankan beban Encik Khairi sekeluarga bagi keperluan Harraz. Semoga Encik Khairi dan seisi keluarga dapat menarik nafas lega.
__________________________________________________________________
Cara untuk Menyumbang ke Kempen ini
1. Tekan butang “Sponsor”
2. Nyatakan jumlah dana yang ingin diberikan
3. Pilih cara pembayaran (Online Banking atau Debit/Credit Card/Paypal).
4. Berikan e-mel untuk menerima resit dan kemas kini dari kempen ini
5. Tekan butang “Sponsor”
6. Teruskan dengan membuat pembayaran di laman seterusnya.
7. Anda akan di kembalikan ke laman ini selepas membuat sumbangan anda. Sumbangan anda akan direkod di sini juga
8. Untuk info terkini seperti jumlah pengeluaran dana dan gambar penerima sumbangan, boleh rujuk di bahagian "Kemas Kini" kempen