Ubat Ibu Berharga RM28000 Untuk Jangka Masa 4 Bulan
RM 28,047 raisedFundraiser
Pada 2018, ibu saya Puan Angidah mengalami demam yang berpanjangan dan cepat letih. Ianya berlanjutan sehingga tahun 2019. Kandungan HB dalam darah sangat rendah. Doktor mencadangkan untuk membuat bone marrow aspiration untuk mengenal pasti sebab kandungan Hb yang rendah.
Keputusan menunjukkan ibu mengalami Myelodysplastic Syndrome (MDS). Pesakit perlu mengalami transfusi darah 2 kali sebulan. Ibu hanya bergantung kepada transfusi darah dari penderma kerana jika tidak, ibu mudah letih dan lesu. Keadaan ibu semakin menyusut, sering demam kadang kala menganggu selera makan beliau.
Yang terkini pada tahun 2020, ibu telah menjalani Bone marrow aspiration kali kedua dan mendapati penyakitnya dari MDS telah menjadi Acute Myeloid Leukemia (AML) Doktor mencadangkan untuk mengambil ubat Azacitidine. Ubat itu berharga RM28,000 untuk jangka masa 4 bulan. Ibu tidak mampu untuk membeli ubat tersebut kerana harganya yang terlalu mahal. Tambahan pula dengan keadaan yang tiada pendapatan tetap.
Ibu mudah penat apabila melakukan kerja-kerja yang ringan seperti kerja rumah dan kurang selera makan. Ibu juga mudah terdedah kepada demam, selsema atau batuk. Ibu kerap mengadu sakit-sakit tulang. Ibu juga kerap melakukan transfusi darah 2 kali sebulan kerana kandungan Hb yg rendah sehingga bacaan mencecah 5 hingga 7.
Ayuh semua #OrangPrihatin! Marilah kita membantu Puan Angidah mendapatkan ubat yang sangat penting dalam hidupnya. Ubat itu boleh membantunya mendapatkan keadaan kesihatan yang semakin membaik. Semoga urusan Encik Hadri sekeluarga dipermudahkan.
KOS YANG DIPERLUKAN
-
Kos ubat Azacitidine = RM28,000
KOS KESELURUHAN = RM28,000
__________________________________________________________________________
Cara untuk Menyumbang ke Kempen ini
1. Tekan butang “Sponsor”
2. Nyatakan jumlah dana yang ingin diberikan
3. Pilih cara pembayaran (Online Banking atau Debit/Credit Card/Paypal).
4. Berikan e-mel untuk menerima resit dan kemas kini dari kempen ini
5. Tekan butang “Sponsor”
6. Teruskan dengan membuat pembayaran di laman seterusnya.
7. Anda akan di kembalikan ke laman ini selepas membuat sumbangan anda. Sumbangan anda akan direkod di sini juga
8. Untuk info terkini seperti jumlah pengeluaran dana dan gambar penerima sumbangan, boleh rujuk di bahagian "Kemas Kini" kempen