1 Dalam 100,000 Penghidap Sakit Ini, Syikin Kuat Untuk Diri Sendiri

1 Dalam 100,000 Penghidap Sakit Ini, Syikin Kuat Untuk Diri Sendiri

RM 26,261 raised
from RM 277,899
0  days left

Fundraiser

Nurassyikin

Nama aku Nurassyikin, 26 tahun. Doktor mengesahkan aku penghidap sakit Multiple Sclerosis, 1:100 000 penghidap di Malaysia. Detik Hitam bermula pada awal Oktober 2014, terasa gatal satu badan tapi bukan dikulit tapi di dalam saraf. Ingatkan hanya alah kepada makanan atau persekitaran.

Pergi ke klinik, doktor memberitahu ia juga adalah alah yang disangka tadi, tiada apa yang serious, aku ignore. Seminggu berlalu macamtu je, lepas tu mula tetiba kepala asyik sakit, rasa kena hentak dari belakang. Mata tak boleh kena cahaya, telinga sakit bila dengar bunyi. Ingatkan hanya pening biasa, rupanya migrain. Aku ignore sekali lagi.

Tak makan panadol pun, bodohnya aku abaikan sakit. Seingat aku, 5 Oktober 2014 (Ahad), aku balik Unimas tapi dalam keadaan kurang elok. Aku abaikan, aku fikir aku dapat uruskan diri sendiri nanti. Keesokkan hari 6 Oktober 2014, aku ke klinik Unimas. Doktor cuma cakap aku pening je, dapat panadol. Doktor maklumkan, kalau tak ok hari Jumaat kena datang klinik lagi. Belum hari Jumaat lagi, aku dah ke klinik semula hari Khamis sebab kaki aku tak boleh angkat, tak boleh bergerak, tak boleh berjalan.

Masa tu baru aku sedar sesuatu yang tak kena dengan badan aku. Bayangkan aku berjalan pun guna payung sebagai tongkat. Aku tak boleh tengok kedepan pun masa berjalan. Sebaik sampai ke klinik, aku perasan doktor dah tengok aku semacam. Rupanya aku berjalan macam ketam bila tak bertongkat. Aku ingatkan aku berjalan lurus, rupanya mengiring ke kiri dan biji mata aku masa tu dah juling. Aku langsung tak perasan.

Aku dihantar ke Sarawak General Hospital (SGH) naik ambulans. Sampai je di SGH dan berjumpa doktor, baru aku tahu keadaan aku sendiri. Itu pun mak bagitau macam mana rupa aku. Muka jatuh, mata juling, jalan ketam, mulut pun nak sumbing masa itu. Lepas beborak dengan doktor, mereka periksa apa yang patut, ada simptom lain aku tak sedar. Muka aku kebas sebelah kanan, kebas separuh badan kanan.

Doktor cakap aku bertuah dalam keadaan begitu aku dapat jaga diri, tak jatuh. Kalau jatuh boleh kena strok. Pada mulanya, doktor tak nak diagnoskan aku Multiple Sclerosis, tapi diagnos Neuromyelistic Optica. Tetapi disebabkan keputusan darah, MRI, lumbar puncture, and aku sering relapse lagi tu doktor sahkan aku Multiple Sclerosis. Sebab taknak didiagnos tu, takde ubat untuknya.

Februari 2020, aku dah 20 kali keluar masuk hospital. Doktor, nurse pun sudah 'cam' muka aku and ayat mereka "aik Syikin, masuk gik" yela masuk la, getus hati ini. Tiada ubat lain, mengharapkan IV Methylprednisolone je. Nak buat Lemtrada Therapy? Mana nak cari duit hampir RM300,000 itu. Bermacam ujian makmal sudah aku buat. Keputusan tetap sama dari tahun lepas 'getting worsen', tipu la aku tak risau sekarang kan. bayangkan dari normal sekarang dah pemegang pink, kad OKU, kategori fizikal.

Dalam Multiple Sclerosis (MS), tubuh secara salah menyerang lapisan pelindung di sekitar saraf di otak dan saraf tunjang (juga dikenali sebagai myelin). Kawasan yang rosak ini disebut plak @ luka. Setiap orang dengan MS akan mengalami luka dengan tahap keparahan yg berbeza-beza.

Doktor selalu puji aku kuat, tapi sebenarnya aku tak. Kenapa rawatan tu mahal, Lemtrada Therapy adalah rawatan self purchase, tidak ditanggung oleh kerajaan, tiada subsidi and tidak terdapat di Malaysia yang ni diperoleh di United Kingdom sahaja. Sebab tu aku mohon bantuan orang ramai untuk dapatkan rawatan tersebut.

Mari semua #OrangPrihatin yang pemurah dan baik hati, marilah kita bersama-sama menyumbang buat Syikin untuk melawan sakit yang menguji kesihatan dirinya. Semoga Syikin sentiasa kuat untuk melawan dan terus berjuang.

KOS YANG DIPERLUKAN

1. Satu botol Alemtuzumab: RM 35,921.25 x 8 Botol = RM 287,370

RM287,370 - RM9,471 (jumlah terkumpul di kempen pertama) = RM277,899

KOS YANG DIPERLUKAN = RM277,899


Kemaskini Kos Terkini Pada 9 Jun 2021 (oleh Admin Firdaus)

1.Kos Ulang alik ke hospital : RM50 x 6 kali (sebulan) = RM300

RM300 x 6 bulan = RM1,800

Kemaskini Kos Terkini Pada 11 Jun 2021 (oleh Admin Firdaus)

1.Kos Ulang alik ke hospital : RM50 x 6 kali (sebulan) = RM300

2. Kos Susu : RM215 (3kotak/sebulan) 

RM300 + RM215 : RM515 (sebulan) x 6 bulan = RM3,090

Kemaskini Kos Terkini Pada 15 ogos 2021 (oleh Admin Firdaus)

1.Kos Ulang alik ke hospital : RM50 x 6 kali (sebulan) = RM300

2. Kos Susu : RM215 (3kotak/sebulan) 

3. sabun (kulit sensitif) : RM22.90 x 2 unit sebulan : RM45.80

RM300 + RM215 : RM560.80 (sebulan) x 6 bulan = RM3,364.80

4. Kerusi roda elektrik + penghantaran ke sarawak : RM5,600 + RM700 = RM6,300

RM3,364.80 + RM6,300 = RM9,664.80
__________________________________________________________________________

Cara untuk Menyumbang ke Kempen ini

1. Tekan butang “Sponsor”

2. Nyatakan jumlah dana yang ingin diberikan

3. Pilih cara pembayaran (Online Banking atau Debit/Credit Card/Paypal).

4. Berikan e-mel untuk menerima resit dan kemas kini dari kempen ini

5. Tekan butang “Sponsor”

6. Teruskan dengan membuat pembayaran di laman seterusnya.

7. Anda akan di kembalikan ke laman ini selepas membuat sumbangan anda. Sumbangan anda akan direkod di sini juga

8. Untuk info terkini seperti jumlah pengeluaran dana dan gambar penerima sumbangan, boleh rujuk di bahagian "Kemas Kini" kempen

 

Loading...
Loading...
Loading...