Bantu Adam, 43 Tahun, Darah Beku di Paru-Paru & Jantung Bengkak, Mendapatkan Keperluan Rawatan Harian
RM 846 raisedFundraiser
[Untuk info mengenai penyaluran dana dan info terkini, sila rujuk bahagian "Kemas Kini" kempen]
Saya Adam yang berusia 43 tahun telah disahkan menghidap Penyakit “Pulmonary Embolism and Pulmonary Hypertension” dimana darah beku di paru-paru. Akibat dari itu, oksigen kurang didalam badan dan membuatkan jantung kanan saya membengkak.
Saya merupakan seorang Mualaf dan sudah berkahwin. Saya mempunyai 3 tanggungan isteri, anak dan ayah saya. Ibu saya baru meninggal dunia pada bulan Mei 2019 baru-baru ini.
Saya telah menghidap penyakit ini sejak Oktober 2017. Kehidupan saya berubah 360 darjah semenjak disahkan menghidap penyakit tersebut. Sebelum ini saya merupakan seorang pekerja di syarikat “Oil and Gas” di Kemaman, Terengganu.
Sejak disahkan menghidap penyakit ini, saya sudah tidak mampu untuk bekerja seperti biasa. Saya tidak boleh melakukan apa-apa aktiviti lain dan tidak berdaya untuk bergerak laju. Saya tidak boleh bekerja kerana jika saya berjalan sedikit pun saya akan mengalami semput dan tidak berdaya untuk naik dan turun tangga.
Saya ingin meminta jasa baik Tuan dan Puan memberikan sumbangan kepada saya bagi memenuhi keperluan rawatan harian saya. Saya perlu berulang alik dari Kemaman, Terengganu ke hospital di Selangor sebulan sekali. Ulang alik dari Kemaman, Terengganu ke Hospital di Kuantan sebanyak 4 kali sebulan.
Kos perjalanan yang tinggi membuatkan saya agak terbeban pada setiap kali saya perlu pergi untuk mendapatkan rawatan. Sehingga saya perlu mencari dana untuk bantuan makan dan minum semasa mendapatkan rawatan harian.
Oleh itu, saya sangat-sangat berharap ada insan yang sudi memberi bantuan kepada diri ini. Semoga segala sedekah yang Tuan dan Puan berikan dapat melipat kali gandakan rezeki Tuan dan Puan.
Butiran Pecahan Kos:
1. Kos Ulang Alik Kemaman ke Hospital di Selangor sebulan sekali sahaja (minyak dan tol) = RM400.00
2. Kos Ulang Alik Kemaman ke Hospital di Pahang (minyak dan tol): RM45 x 4 kali sebulan = RM180.00
3. Makanan di Hospital Semasa Rawatan: RM15.00 sehari x 5 kali sebulan = RM75.00
Penggunaan untuk 6 bulan: RM655.00 x 6 bulan =RM3,930.00
JUMLAH KESELURUHAN= RM3,930.00
Cara menyumbang:
1. Tekan butang “Sumbang”
2. Nyatakan jumlah dana yang ingin diberikan
3. Pilih cara pembayaran (Online Banking atau Debit/Credit Card/Paypal).
4. Berikan e-mel untuk menerima resit dan kemas kini dari kempen ini
5. Tekan butang “Sponsor”
6. Teruskan dengan membuat pembayaran di laman seterusnya.
7. Anda akan dikembalikan ke laman ini selepas membuat sumbangan anda. Sumbangan anda akan direkod di sini juga.