Tibi Kini Menyerang Otak, Keupayaannya Seperti Bayi

Tibi Kini Menyerang Otak, Keupayaannya Seperti Bayi

RM 5,377.25 raised
from RM 11,762
0  days left

Fundraiser

Siti Rohana

Encik Hafizan kini sedang dirawat selepas tidak sedar selama 2 bulan lebih akibat penyakit tibi yang telah menyerang otak. Beliau mempunyai 4 orang anak dan saya membantu isteri beliau menjaga beliau dan anak bongsu mereka. Lagi 3 orang anaknya berada di kampung dijaga oleh nenek mereka. 

Sebelum keluarga Hafizan berpindah ke rumah saya, mereka sekeluarga duduk di kampung pedalaman. Apabila mereka berpindah duduk bersama saya, Hafizan bekerja sebagai pembantu kedai makan untuk menyara hidup sekeluarga. Saya seorang ibu tunggal kepada 6 orang anak, saya bekerja di gerai untuk anak-anak saya.

Kejadian bermula apabila beliau demam berpanjangan selama 2 minggu dan dibawa ke hospital. Selera makan mula hilang dalam masa 4 hari kumannya telah merebak ke otak dan tidak sedarkan diri selama 2 bulan lebih. Keupayaan beliau kini terhapus begitu saja, hanya baring dengan pergerakan yang minima dapat dilakukan.

Hafizan perlu mengambil ubat tibi selama 6 bulan dan kesannya kepada bahagian lain badannya seperti matanya kini perlu mendapatkan rawatan pakar. Bagi menjamin perutnya kenyang, beliau akan diberi susu selang 3 jam dan 1 pek susu hanya bertahan selama 1 setengah hari.

Sejak Hafizan baring terlantar di rumah, saya sebagai penjaga membantu untuk membawanya ke hospital. Kami perlu menyewa kereta sewa Alza untuk ke hospital kerana keadaannya yang terlantar. Kini isterinya terpaksa menguruskan keempat-empat anaknya seorang diri dan seorang daripada anak mereka menghidap sakit jantung.

Penjagaan beliau menjadi keutamaan kami walaupun hanya minum susu melalui tiub dan saluran tiub kahaknya perlu diganti setiap hari. Akibat terlalu lama baring dan memakai lampin pakai buang, bahagian belakangnya telah berkudis dan kami perlu mencucinya sendiri. 

Sedih hati ini melihat keluarganya diuji dengan ujian yang berat. Anak-anaknya juga kini merindui ayahnya yang kini sudah tidak berdaya. Semoga dengan bantuan ini, keadaan beliau akan semakin pulih dan semakin kuat melawan sakitnya.

Ayuh #OrangPrihatin. Marilah bantu meringankan beban mereka sekeluarga. Semoga ujian yang dilalui ini akan menjadi sebab mereka menjadi semakin kuat.  

KOS YANG DIPERLUKAN

a) Susu RM48 per pek x 20 pek sebulan = RM 960

b) Pampers RM15 x 8 pek sebulan = RM120 sebulan

c) Ulang Alik Hospital (Rumah - Hospital- Rumah) Sewa kereta dan minyak - RM180 x 2 kali sebulan = RM360

d) Tiub cuci kahak RM2.50 x 30 pcs/hari = RM75

e) Tiub kahak RM3 x 30 pcs/hari = RM90

f) Air cuci kahak RM10 x 4 botol sebulan = RM40 

g) Tisu basah RM16 x 4 pek sebulan = RM72

h) Keperluan cuci luka RM40 per set x 4 set/minggu = RM160 

RM960 + RM120 + RM360 + RM75 + RM90 + RM40 + RM72 + RM160 = RM1,877

RM1,877 x 6 bulan = RM11,262

i ) Alat di bahagian tebuk di leher RM250 x 2 kali untuk tempoh 6 bulan = RM500

RM11,262 + RM500 = RM11,762

KOS KESELURUHAN = RM11,762

__________________________________________________________________________

Cara untuk Menyumbang ke Kempen ini

1. Tekan butang “Sponsor”

2. Nyatakan jumlah dana yang ingin diberikan

3. Pilih cara pembayaran (Online Banking atau Debit/Credit Card/Paypal).

4. Berikan e-mel untuk menerima resit dan kemas kini dari kempen ini

5. Tekan butang “Sponsor”

6. Teruskan dengan membuat pembayaran di laman seterusnya.

7. Anda akan di kembalikan ke laman ini selepas membuat sumbangan anda. Sumbangan anda akan direkod di sini juga

8. Untuk info terkini seperti jumlah pengeluaran dana dan gambar penerima sumbangan, boleh rujuk di bahagian "Kemas Kini" kempen

Loading...
Loading...
Loading...