Bantu Hirdawati Jamri, 43 Tahun, Kencing Manis & Hilang Upaya Kekal, Mendapatkan Keperluan Rawatan Harian
RM 5,060 raisedFundraiser
Saya Hirdawati Jamri yang berusia 43 tahun menghidap penyakit Kencing Manis dan telah hilang upaya kekal. Saya telah mendapat penyakit ini sejak 25.7.2018. Permulaan saya menjadi seorang yang hilang upaya kekal semenjak ibu jari kaki kanan saya telah dipotong kerana telah dijangkiti kuman.
Selepas jari kaki kanan saya dipotong, kuman tersebut merebak ke bawah tapak kaki kanan saya sehingga isi tapak kaki saya turut dibuang kerana jangkitan kuman. Pihak hospital memberi arahan untuk selalu membersihkan kaki kanan saya agar tidak lagi dijangkiti kuman tetapi jangkitan semakin merebak. Hal ini telah menyebabkan saya tidak sedarkan diri kerana kuman telah merebak keseluruh badan saya dan keadaan kaki saya bertambah teruk.
Saya telah dimasukkan ke ICU selama 4 hari kerana jangkitan kuman yang teruk. Pihak hospital telah memberi saranan kepada saya untuk memotong kaki kanan dan akhirnya kaki kanan saya sudah tidak dapat diselamatkan lagi.
Saya ingin meminta jasa baik Tuan dan Puan untuk memberikan sumbangan kepada saya bagi menampung kos rawatan harian untuk membersihkan dan mencuci kaki ini. Saya tidak mempunyai pekerjaan dan suami saya hanya seorang pemandu lori pasir sahaja.
Semenjak saya jatuh sakit, suami saya telah hilang pekerjaan kerana menjaga saya yang hilang upaya untuk menguruskan diri. Saya mempunyai 2 orang anak dan ujian Allah untuk menguji ketabahan hati saya apabila anak sulung saya kemalangan pada 28.9.2019, dan menyebabkan beliau hilang pekerjaan kerana cuti sakit yang sangat lama.
Oleh itu, keluarga kami hanya mampu untuk meminta belas ehsan dari adik-beradik, saudara dan rakan-rakan demi kelangsungan hidup. Jadi saya berharap Tuan dan Puan dapat membantu kami sekeluarga dan memberikan sumbangan bagi saya mendapatkan keperluan untuk rawatan harian.
Berikut adalah butiran kos yang diperlukan:
A) Rawatan Harian:
1. Susu: RM90 x 3 tin sebulan x 6 bulan = RM1,620
2. Lampin Pakai Buang: RM18 x 8 pek sebulan x 6 bulan =RM864
3. Tisu basah: RM14.90 x 3 pek x 6 bulan = RM268.20
JUMLAH: RM2,752.20
B) Kos Mencuci Luka:
1. Dermacyn: RM32 x 8 botol x 6 bulan = RM1,536
2. Hartman Omnifix: RM36 x 4 kotak x 6 bulan = RM864
3. Gauze: RM16 x 8 pek x 6 bulan = RM768
4. Ammeda Sterile Gamgee Pad: RM26.40 x 4 kotak x 6 bulan =RM633.60
5. Dr wound: RM130.10 x 4 tiub x 6 bulan = RM3,122.40
6. Dr wound silver spray: RM92.90 x 3 botol x 6 bulan = RM1,672.20
7. Kaltostat 15cmx25cm: RM45 x 4 keping x 6 bulan = RM1,080
8. Aquasel Extra: RM39 x 6 keping x 6 bulan = RM1,404
9. Sarung Tangan: RM15 x 2 kotak x 6 bulan = RM180
JUMLAH: RM11,260.20
C) Ulang-alik ke hospital: RM50x 3 kali sebulan =RM150
JUMLAH: RM2,752.20 + RM11,260.20 + RM150.00 =RM14,162.40
JUMLAH KESELURUHAN: RM14,163
*dibundarkan kepada RM14,163.00 kerana sistem tidak dapat membaca jumlah dalam sen.
* Untuk perincian pecahan dana, sila klik sini.
_________________________________________________________________
Cara menyumbang:
1. Tekan butang “Sumbang”
2. Nyatakan jumlah dana yang ingin diberikan
3. Pilih cara pembayaran (Online Banking atau Debit/Credit Card/Paypal).
4. Berikan e-mel untuk menerima resit dan kemas kini dari kempen ini
5. Tekan butang “Sponsor”
6. Teruskan dengan membuat pembayaran di laman seterusnya.
7. Anda akan dikembalikan ke laman ini selepas membuat sumbangan anda. Sumbangan anda akan direkod di sini juga.