Dana P.K.P Siti Nurhaliza

Dana P.K.P Siti Nurhaliza

RM 306,184.552 raised
from RM 300,000
0  days left

Fundraiser

Dato Sri Siti Nurhaliza

Perjuangan kita menentang penularan wabak Covid-19 masih belum berakhir. Masih banyak yang perlu kita lakukan, kerajaan juga telah mengumumkan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan untuk membendung lonjakan kes-kes baru. 

Justeru, Yayasan Nurjiwa dan Dato' Sri Siti Nurhaliza mengambil inisiatif untuk membantu para pejuang barisan hadapan dan orang ramai yang terkesan dengan situasi ini melalui pengumpulan Dana Peduli, Kemanusiaan, Prihatin (PKP) Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

Secara ringkasnya, dana ini dinamakan Dana P.K.P Siti Nurhaliza.

Dana ini, objektifnya dibahagikan mengikut kategori iaitu:

1. PEDULI- Membantu menyediakan keperluan dan peralatan di pusat-pusat perubatan yang terlibat menangani Covid19. Bantuan ini akan disalurkan seberapa  segera apabila dana mencukupi bagi penyediaan PPE, topeng muka, sarung tangan dan peralatan-peralatan lain.

2. KEMANUSIAAN- Membantu individu dan keluarga yang terjejas pendapatan.  Bantuan kepada keluarga yang terjejas pendapatan di samping itu mempunyai anggota keluarga OKU atau penyakit kronik.

3. PRIHATIN- Bantuan khusus sempena bulan Ramadan dan Syawal kepada golongan yang tidak berkemampuan serta badan-badan kebajikan.

Sebagai langkah permulaan, kami mensasarkan pengumpulan dana untuk keperluan segera dalam kategori Peduli iaitu sebanyak RM50,000. Jumlah sasaran ini akan dinaikkan dan berterusan memandangkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan serta banyak jenis bantuan akan disalurkan.

Kami yakin, bantuan kita semua akan dapat membantu perjuangan kita menentang Covid-19 sekarang. Terima kasih Malaysia. #KitaJagaKita.

*Sumbangan berjumlah RM500 dan ke atas layak untuk pelepasan cukai (tax exemption). Sila email danapkpsitinurhaliza@gmail.com untuk mendapatkan resit pelepasan cukai

*Untuk kempen bencana alam dan kecemasan (seperti Covid-19), Kitafund tidak mengenakan caj 5% fi untuk platform. Fi yang perlu dibayar adalah fi payment gateway yang akan ditolak dari jumlah keseluruhan terkumpul kempen. Apabila seorang penderma menyumbang di kempen, payment gateway fees yang dikenakan adalah:

-Razer (Molpay): RM1/transaction

-Paypal: 3.9% + RM2/transaction

-E-wallet (Grabpay, boost, TnG): 1.4%

*Kempen-kempen baharu lain yang berhubung dengan Covid-19, tetapi tidak termasuk dalam kategori PPE atau alat bantuan hospital akan dikenakan yuran platform sebanyak 5% bermula 1 Mei 2020. Hal ini demikian kerana program- program dalam kempen tersebut merupakan program-program yang tidak terlibat secara langsung dalam menangani Covid-19. Sebagai contoh, pembahagian pek makanan dan topeng muka kepada orang ramai.

____________________________________________________________

Cara untuk Menyumbang ke Kempen ini

1. Tekan butang “Sponsor”

2. Nyatakan jumlah dana yang ingin diberikan

3. Pilih cara pembayaran (Online Banking atau Debit/Credit Card/Paypal).

4. Berikan e-mel untuk menerima resit dan kemas kini dari kempen ini

5. Tekan butang “Sponsor”

6. Teruskan dengan membuat pembayaran di laman seterusnya.

7. Anda akan di kembalikan ke laman ini selepas membuat sumbangan anda. Sumbangan anda akan direkod di sini juga.

Loading...
Loading...
Loading...