Tabung Covid-19: Bantu Jiran Kita

Tabung Covid-19: Bantu Jiran Kita

RM 278,674.124 raised
from RM 300,000
0  days left

Hai #OrangPrihatin!

Puan Priyaa Simmi yang juga dikenali sebagai Mrs World Malaysia 2019/2020 tertarik untuk menolong para keluarga yang kurang bernasib baik akibat Perintah Kawalan Pergerakan yang disebabkan oleh virus Covid-19.

Berikutan  langkah berjaga-jaga yang diambil kerajaan untuk mengekang penyebaran Coronavirus yang semakin membimbangkan, Perintah Kawalan Pergerakan telah dilaksanakan bermula 18 Mac sehingga 31 Mac 2020. Kami menghormati tindakan ini sebagai satu usaha untuk mengawal penularan wabak Covid-19 ini. 

Walaubagaimanapun, perlu kita akui dan ambil berat tentang mereka yang terkesan dengan kawalan ini. Ada bapa yang hilang sumber pendapatan, ada anak yang diberhentikan, ada ibu yang perlu berhenti kerja. Bagaimana pula dengan mereka yang hanya bergantung dengan pendapatan harian untuk menyara anak-anak? Pasti sangat terjejas. 

Cuba anda bayangkan keluarga yang terpaksa mencatu makanan kerana mereka khuatir bekalan makanan tidak cukup. Mereka ini sangat perlukan bantuan samada dari segi makanan mahupun kewangan.

Jadi, Puan Priyaa dengan berbesar hati memulakan kempen di Kitafund untuk membantu para keluarga supaya tidak perlu berlapar lagi. Sebanyak 1500 keluarga akan menerima manfaat dari kempen ini.

Usaha ini  juga akan melibatkan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) sebagai organisasi yang akan mengagihkan bantuan yang disumbangkan. Antara NGO yang akan terlibat memberikan bantuan Tabung Covid-19: Bantu Jiran Kita adalah (kemaskini pada 3 Jun 2020) :

 

  1. Global Peace Mission Malaysia - Meliputi kawasan sekitar Lembah Klang
  2. Bukan Kerna Nama - Meliputi kawasan sekitar Terengganu
  3. Volunteer I-Care - Meliputi kawasan sekitar Kelantan
  4. AZ Runner - Meliputi kawasan sekitar Selangor & Kuala Lumpur
  5. Sedulur - Meliputi sebahgaian dari Sabah (Tawau, Lahad Datu, Kunak sahaja)

Dengan setiap RM100 yang disumbangkan, anda semua mampu membantu sebuah keluarga yang memerlukan.


*Barangan bantuan yang diberikan mungkin akan berbeza mengikut keadaan stok semasa di pasaran.

Ayuh panjangkan usaha ini untuk kita sama-sama membantu meringankan beban keluarga yang memerlukan. Sumbangan anda semua akan dapat memberikan mereka harapan. Siapa lagi yang akan membantu mereka kalau bukan kita? #kitabantukita

 

Info Terbaru (2 April 2020)

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dipanjangkan sehingga 14 April memnyebabkan lebih ramai yang terkesan dengan PKP yang berlangsung selama hampir sebulan. Permohonan bantuan juga semakin meningkat setiap hari.

Sehubungan dengan itu, Kitafund akan menaikkan lagi sasaran kempen seiring dengan permohonan untuk bantuan dan juga tambah satu lagi NGO untuk bantuan agihan. 

*Untuk kempen bencana alam dan kecemasan (seperti Covid-19), Kitafund tidak mengenakan caj 5% platform fee. Fee yang perlu dibayar adalah payment gateway fee yang akan ditolak dari jumlah keseluruhan terkumpul kempen. Apabila seorang penderma menyumbang di kempen, payment gateway fees yang dikenakan adalah:

  • Razer (Molpay): RM1/transaction
  • Paypal: 3.9% + RM2/transaction

___________________________________________________________

Cara untuk Menyumbang ke Kempen ini

1. Tekan butang “Sponsor”

2. Nyatakan jumlah dana yang ingin diberikan

3. Pilih cara pembayaran (Online Banking atau Debit/Credit Card/Paypal).

4. Berikan e-mel untuk menerima resit dan kemas kini dari kempen ini

5. Tekan butang “Sponsor”

6. Teruskan dengan membuat pembayaran di laman seterusnya.

7. Anda akan di kembalikan ke laman ini selepas membuat sumbangan anda. Sumbangan anda akan direkod di sini juga


[Untuk info terkini seperti jumlah pengeluaran dana dan gambar penerima sumbangan, boleh rujuk di bahagian "Kemas Kini" kempen]


Fundraiser

Orang Baik
Kitafund
Loading...
Loading...
Loading...