Hancur Hati Apabila Doktor Mengesahkan Lucky Menghidap FIV
RM 727 raisedFundraiser
Hi assalamualaikum and salam sejahtera semuanya. Nama saya hani. Kucing saya pula namanya Lucky. Saya telah menjaga Lucky selama 6 tahun. Lucky seekor kucing yang manja dan aktif. Lucky mula sakit pada 18/10/2021.
Sepanjang menjaga Lucky, inilah kali pertama Hani melihat Lucky sangat murung, sakit dan lemah. Lucky asalnya adalah seekor kucing yang sangat manja, pintar dan cergas. Namun, 27/10/2021 telah merubah segalanya..
Pada awalnya 18/10/2021, Lucky cuma demam panas. Lama kelamaan, kesihatannya semakin merudum. Lucky semakin murung, demam tinggi, cirit birit dan bersin sehingga langsung tidak mahu makan dan minum serta berat badannya jatuh mendadak. Hani sangat risaukan kesihatannya sehingga sanggup berulang alik ke klinik. Keadaanya tidak berubah, malah lebih teruk sehinggalah ujian darah mengesahkan bahawa Lucky menghidap penyakit FIV… Allah..
Doktor mengata penyakit FIV menyerang sistem imun badan. Dan tiada ubat khusus untuk merawatnya. Doktor memberi ubat radang, antibiotik dan cirit. Doktor juga menyarankan Lucky mengambil supplement TRANSFER FACTOR 4LIFE sepanjang hayatnya untuk meningkatkan semula sistem imun yang menurun.
Saya membeli supplement TRANSFER FACTOR 4LIFE melalui HQ. Doktor juga akan membuat rawatan susulan setiap bulan 1 kali seperti membuat beberapa lagi ujian darah. Hal ini kerana, apabila sistem imun Lucky menurun, Lucky sangat mudah diserang penyakit lain lagi. Doktor ingin pastikan Lucky tidak diserang penyakit yang lain lagi. Antara ujian darah yang akan diambil semula FIP, FeLv, FIV serta ujian buah pinggang dan hati.
Sejak Lucky sakit, saya sudah berusaha pelbagai cara untuk memberi rawatan dan supplement kepada Lucky sehingga duit simpanan saya telah habis digunakan untuk kegunaan Lucky. Sebagai cat parent Hani sangat memerlukan bantuan dari tuan puan untuk mengumpul dana bagi meneruskan rawatan Lucky. Saya berharap agar tuan puan dapat memberi sedikit sumbangan untuk rawatan Lucky agar Lucky mampu kembali sihat dan ceria semula. Sumbangan tuan puan amatlah saya hargai..
SUMBANGAN ANDA DAPAT MEMBANTU
a) Ubat Supplement : RM 175 x 1 bulan = RM 175
b) Ujian darah CBC RM40 x 1 bulan = RM40
c) Blood test RM120 x 1 bulan = RM120
d) FeLV/FIV Test Kit RM100 x 1 bulan = RM100
e) FIP Test Kit RM100 x 1 bulan = RM100
RM175 + RM40 + RM120 + RM100 + RM100 = RM535
RM535 x 6 bulan = RM3,210
KOS KESELURUHAN YANG DIPERLUKAN = RM3,210
_______________________________________________
Cara untuk Menyumbang ke Kempen ini
1. Tekan butang “Sponsor”
2. Nyatakan jumlah dana yang ingin diberikan
3. Pilih cara pembayaran (Online Banking atau Debit/Credit Card/Paypal).
4. Berikan e-mel untuk menerima resit dan kemaskini dari kempen ini
5. Tekan butang “Sponsor”
6. Teruskan dengan membuat pembayaran di laman seterusnya.
7. Anda akan di kembalikan ke laman ini selepas membuat sumbangan anda. Sumbangan anda akan direkod di sini juga
8. Untuk info terkini seperti jumlah pengeluaran dana dan gambar penerima sumbangan, boleh rujuk di bahagian "Kemas Kini" kempen