PIRATE SI KUCING TUA YANG BERJUANG MELAWAN FIP YANG MEMBUNUH

PIRATE SI KUCING TUA YANG BERJUANG MELAWAN FIP YANG MEMBUNUH

RM 3,541 raised
from RM 4,720
0  days left

Fundraiser

Norkarimah

Saya Nor Karimah, Pirate ialah anak kucing kampung yang hidup terbuang di jalanan ketika 2012 yang lalu. Saya kutip bawa pulang, mandikan dan bela dia mcm anak sendiri. Kini sudah 10 tahun saya jaga dia dan selama itu dia jarang sakit teruk. Ramai orang cakap kalau anak sendiri lebih kurang masuk sekolah Darjah 4 sudah.

Faktor usia tua antara punca antibodinya mula melemah dan mudah terkena jangkitan penyakit FIP iaitu penyakit bawaan sejenis virus Corona yang menyerang organ-organ dalaman kucing seperti otak, saraf, usus dan lain-lain lagi. Penyakit FIP yang ditanggung oleh Pirate sekarang sejenis “FIP wet” dimana perut dan paru-parunya berair. Klu istilah mudah orang sebut ialah “penyakit busung air”.

Selama ini Pirate memang berbadan gemuk. Perubahan bentuk badannya semakin bulat saya sangka semakin sihat.Lambat saya menyedarinya sehingga saya dapati yang dia semakin melemah, tidak dapat berjalan, tidak dapat berdiri dengan perut dan dada yang penuh berisi cairan. Semakin berair saya dapati nafasnya semakin sesak. Dia tidak mahu makan minum sehingga tulang belakangnya sangat ketara timbul.

Setiap hari saya perlu pujuk dia makan dan minum dengan cara force feed menggunakan syringe. Saya sangat sayangkan Pirate. Setiap hari saya bercakap dengan dia untuk beri dia semangat agar terus kuat untuk berjuang melawan sakit ini. Bila saya bawa ke klinik vet, doktor vet sendiri maklumkan saya penyakit ini tidak ada penawar.

Selain FIP, Pirate juga disahkan positif FIV iaitu sejenis penyakit yang sama seperti virus HIV pada manusia yang menyerang sistem kekebalan tubuh. Rawatan yang mereka mampu lakukan hanyalah dengan memberi ubat antibiotic dan tebuk lubang di perutnya utk keluarkan cairan tersebut setiap minggu. Hati ibu mana yang sanggup lihat perut anak ditebuk berkali-kali….saya tak mahu Pirate semakin terseksa…

Semasa mencari maklumat rawatan alternative di Google, saya terbaca satu laman web iaitu www.basmifipid.com yang mana mereka telah menemui penawar FIP di mana banyak kucing yang telah berjaya disembuhkan dengan GS-441524. Bagaimanapon kos rawatan adalah sangat tinggi. Pirate kini bergantung dengan GS-441524 untuk terus hidup dan suntikan tersebut perlu disuntik setiap hari selama 84 hari (3 bulan ). Saya telah menggunakn wang simpanan saya untuk rawatan 11 hari permulaan. Bagaimanapun saya tak mampu lagi dr segi kewangan untuk meneruskan 73 hari kos rawatan seterusnya. Untuk menjimatkan kos, saya telah belajar menyuntik  sendiri GS-441524 secara subcut injections kepada Pirate. Oleh kerana berat badannya lebih 6kg, maka dos yang digunakan agak tinggi. 

Saya berharap orang ramai dapat membantu supaya Pirate anak kesayangan saya sembuh sepenuhnya dari FIP ini. 

SUMBANGAN ANDA AKAN MEMBANTU

8 vial GS-441524 × RM590 = RM4,720

KOS KESELURUHAN = RM4,720

_______________________________________________

Cara untuk Menyumbang ke Kempen ini

1. Tekan butang “Sponsor”

2. Nyatakan jumlah dana yang ingin diberikan

3. Pilih cara pembayaran (Online Banking atau Debit/Credit Card/Paypal).

4. Berikan e-mel untuk menerima resit dan kemaskini dari kempen ini

5. Tekan butang “Sponsor”

6. Teruskan dengan membuat pembayaran di laman seterusnya.

7. Anda akan di kembalikan ke laman ini selepas membuat sumbangan anda. Sumbangan anda akan direkod di sini juga

8. Untuk info terkini seperti jumlah pengeluaran dana dan gambar penerima sumbangan, boleh rujuk di bahagian "Kemas Kini" kempen

Loading...
Loading...
Loading...