Infaq Untuk Pendidikan, Pengurusan Dan Keperluan Penghuni PJAA
RM 871 raisedFundraiser
Untuk pengetahuan anda, anak-anak yang tinggal di Pusat Jagaan Amal Asyura seramai 35 orang berumur dalam lingkungan 2 tahun hingga 15 tahun yang terdiri daripada 16 perempuan dan 19 lelaki. Kesemua anak-anak yang tinggal di pusat ini adalah dari golongan anak yatim dan asnaf.
Buat masa ini kami usahakan perniagaan produk frozen food untuk menampung keperluan penghuni. Dalam keadaan pandemik yang agak sukar untuk menyelesaikan dan memenuhi keperluan pusat jagaan ini.
Selain daripada kos pengurusan, kami juga memerlukan kos pendidikan untuk anak-anak supaya dapat terus belajar dan menimba ilmu sama seperti anak-anak lain di luar sana.
Pusat Jagaan Amal Asyura yang ditubuhkan sejak tahun 2014 dengan rendah hati memohon sumbangan anda untuk meneruskan usaha murni dalam menaungi anak-anak yatim dan asnaf. Dana yang ingin di pohon adalah untuk makan minum, pendidikan, perubatan, tempat tinggal dan keperluan yang lain.
Harapan kami agar masyarakat boleh membantu dalam membantu keperluan penghuni di sini.
Kos yang diperlukan:
a) RM150 (35 orang makan sehari) x 30 hari = RM4500
b) Sewa asrama perempuan = RM1,800
c) Sewa asrama lelaki = RM900
d) Utilities = RM2,000
4500 + 1800 + 900 + 2000 = RM9,200
KOS KESELURUHAN YANG DIPERLUKAN = RM9,200
Cara untuk Menyumbang ke Kempen ini
- Tekan butang “Sponsor”
- Nyatakan jumlah dana yang ingin diberikan
- Pilih cara pembayaran (Online Banking atau Debit/Credit Card/Paypal).
- Berikan e-mel untuk menerima resit dan kemaskini dari kempen ini
- Tekan butang “Sponsor”
- Teruskan dengan membuat pembayaran di laman seterusnya.
- Anda akan di kembalikan ke laman ini selepas membuat sumbangan anda. Sumbangan anda akan direkod di sini juga
- Untuk info terkini seperti jumlah pengeluaran dana dan gambar penerima sumbangan, boleh rujuk di bahagian "Kemas Kini" kempen
Untuk maklumat lanjut mengenai caj yang dikenakan, sila layari Soalan Lazim (Menyumbang) atau di sini.