Bantu Kos Pembedahan Sumbing Bibir Aidan Faaeq

Bantu Kos Pembedahan Sumbing Bibir Aidan Faaeq

RM 7,435 raised
from RM 7,000
0  days left

Fundraiser

Nor Azian Noh

Saya Azian, kempen ini untuk anak buah lelaki saya yang berusia 2 bulan. Anak saudara saya Muhammad Aidan Faaeq Bin. A.Azime lahir dengan kecacatan sumbing bibir. Boleh dikategorikan minor cleft kerana tidak menyentuh kepada gusi dan lelangit Aidan. Keadaan Aidan secara amnya sihat tetapi hanya sumbing bibir.

Pihak Hospital Kerajaan telah mencadangkan untuk kami buat operation untuk membetulkan sumbing bibir Aidan akan tetapi tidak dalam masa setahun ini disebabkan yang semua kita sedia maklum keadaan pandemik sekarang. Maka tidak dapat dilakukan kerana itu selain masih ramai yang menunggu.

Kami berpendapat kerana sebagai ibu bapa pastilah mereka mahu yang terbaik buat anak mereka. Jadi kami pergi ke sebuah hospital lain dan bertanyakan harga untuk sumbing bibir minor. Merujuk kepada pakar berkemungkinan dalam cost minimum RM7,000. Selebihnya seandainya lebih dari itu kami akan usahakan dari kami sendiri.

Memandangkan bapa kepada pesakit sahaja yang bekerja, jadi keluarga ada sedikit kekangan kewangan. Tapi kesihatan bayi setakat ini Alhamdulillah sihat walaupun ada disedikit kesukaran menyusu atas faktor bibir, pihak hospital telah menyediakan puting susu yg sesuai untuk penyusuan cleft. 

Harapan kami sekeluarga untuk anak kecil ini supaya dapat mempunyai bibir yg sempurna dan lebih sihat pada masa hadapan. Bantuan anda amatlah dihargai.

Ayuh #OrangPrihatin! Mari sama sama membantu baby Aidan Faaeq untuk pembedahan bibir yang diperlukan. Mari juga panjangkan kempen ini kepada semua rakan di sosial media dan sama sama meringankan beban pihak keluarga!

KOS YANG DIPERLUKAN

a) Anggaran kos pembedahan = RM7,000

KOS KESELURUHAN = RM7,000

_______________________________________________

Cara untuk Menyumbang ke Kempen ini

1. Tekan butang “Sponsor”

2. Nyatakan jumlah dana yang ingin diberikan

3. Pilih cara pembayaran (Online Banking atau Debit/Credit Card/Paypal).

4. Berikan e-mel untuk menerima resit dan kemaskini dari kempen ini

5. Tekan butang “Sponsor”

6. Teruskan dengan membuat pembayaran di laman seterusnya.

7. Anda akan di kembalikan ke laman ini selepas membuat sumbangan anda. Sumbangan anda akan direkod di sini juga

8. Untuk info terkini seperti jumlah pengeluaran dana dan gambar penerima sumbangan, boleh rujuk di bahagian "Kemas Kini" kempen

 

 

 

Loading...
Loading...
Loading...